Home Hiburan “Segala Kejayaan Dan Pencapaian Saya Harini Adalah Untuk Ibu Bapa Saya..” –...

“Segala Kejayaan Dan Pencapaian Saya Harini Adalah Untuk Ibu Bapa Saya..” – Anak Peniaga Pasar Malam Terima Anugerah Pingat Emas Canselor

580
0

Graduan Universiti Malaysia Perlis, Abdul Khalim Al-Azizi Syahril mendapat Anugerah Pingat Emas Canselor. Dia diberikan peluang untuk memberikan ucapan atas pencapaiannya.

Ucapannya itu sungguh mendalam dan menyentuh hati pendengar. Dia berkata yang dia merupakan dari keluarga yang susah dan mahu mengubah nasib keluarga. Ibu bapanya merupakan peniaga pasar malam. Menurutnya, sejak kecil dia terpaksa menolong ibu bapanya menjual sehinggakan dia terpaksa untuk berdiri di atas katil bagi menjual air.

Perit jerih ibu bapanya membuatkan dia bersemangat wajar untuk berusaha mengubah nasib keluarganya.

“Azizi Yang Dahulunya Terpaksa Berdiri Di Atas Baldi, Harini Saya Berdiri Di Atas Pentas Yang Gah Ini..”

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

@wadahdaily Ucapan yang menyentuh hati dari Abdul Khalim Al-Azizi Syahril yang mendapat Anugerah Pingat Emas Canselor telah membekas di hati hadirin yang hadir di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) ke 18. Tahniah diucapkan kepada semua para graduan. Kredit: Unimaptv #wadahdaily #wadahtv #unimap #unimapperlis #educationforall #convocation #unimapconvocation ♬ original sound – WadahDaily

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@ALIZUDDIN DESA: P cik juga org susah, kja bawa lori..bljr spi tgkt 2.mk cik surirumah sklh spi djh 6..alhamdulillah ank Pcik pensyarah di ipta dn sorang lg peguam…

@K A Y R O O L: setiap seorg wakil graduan diajar cara berucap ke? cantik betul intonasi dan dinamika dorg ni tdi upsi pun best dgr

@saya: anak peniaga pasar malam hadir. doakan saya dapat graduate on time bawak parents datang dtc 2025 nanti aamin

@Toyota Malaysia Zubir: Suara pemimpin. Tahniah kepada ibu bapa yg mengajar

@nyenyenye: Sedap ko bercakap dik tahniah

@Abangka🔰: saya dulu teringin nak sambung belajar.. tapi apakan daya.. keluarga tak mampu.. Tapi sekarang Alhamdulillah diberi rezeki Allah Dapt kerja Gov N11.

@niezaabdrazak: terserlah aura adik ni, semoga yg baik2 untuk adik

@Winter Sonata: masa ni kita happy sangat.lps selesai majlis konvo,semua berangkat pulang dan kita x Tau bila LG akan bertemu LG.hargai saat blaajr mu..

@Froggifroggie: Ada rupa, bijak, pandai berbicara, akhlak bagus.. Semoga berjaya dik

@nurin: Saya pon anak peniaga pasar malam😊hasil titik peluh mak abah, dapat saya genggam ijazah sarjana muda.

@Kely: Kebanyakkan anak org susah selalu berjaya. Mungkin asbab ibu bapa yg mencari rezeki halal hanya bergantung nasib cuma kpd Allah,anak2 mkn hasilnya

Previous articleHilang Suara dan Kes Ditangguhkan, Siti Nordiana Dinasihatkan Jangan Bercakap
Next article“Bila Nak Cerai…” – Wawa Zainal dan Aeril Zafrel Jawab Soalan Biadap

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here