Home Isu Semasa Sebar Aib Suami Berzina? Sekali Isteri Azlan Komeng Tampil Bukak Mulut

Sebar Aib Suami Berzina? Sekali Isteri Azlan Komeng Tampil Bukak Mulut

256
0

Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng, Nur Nilam tampil membidas komen individu yang mengkritik dirinya kerana menyebarkan aib suami secara umum.

Menerusi sebuah video di TikTok, Nilam dilihat tenang menjawab komen seorang individu yang berkata sebegini ‘maaf kak, satu dunia dah tahu yang laki akak berzina, aib suami akak’.

Menurut Nilam, ada sesetengah aib suami yang perlu dibuka demi menakutkan dan mendapatkan keadilan, terutamanya buat para isteri yang teraniaya.

“Kadang kadang ada aib yang perlu kita buka, sebab manusia ni malu, takut, segan dengan manusia. Manusia tak takut, tak sedar dengan Tuhan. Mungkin sebab asbab benda ni berlaku, kemungkinan besar penyondol-penyondol tu takut, malu. Salah mereka, bagi video tu pada aku supaya aku takut, sedih, murung. Akhirnya kami suami isteri bergaduh..” – Nur Nilam

Berapa ramai isteri-isteri kalah dalam peperangan dengan penyondol ni semua sebab alasan aib suami. Sampai bila isteri ini nak takut, malu. Sampai nak buka jabatan agama pun takut, sanggup dibodohkan.

Tambah Nilam, dia hanya memberi teguran secara terbuka dan sekiranya benar dia membuka aib suami sudah pasti dia akan berkongsi video l*cah dikongsikan penyondol yang tidak dikaburkan itu.

“Aku punya pemikiran berbeza, kalau aku nak buka aib aku dah kongsi video tu. Cerita ini cerita lama, bukan waktu dia (suami) berkahwin dengan aku. Aku tegur secara bersemuka di media sosial, saya ajak dia (penyondol) tak nak, tapi tak nak. 2 tahun aku reda, terima… Aku tak mengharapkan viral.

Sebagai isteri kena tegur suami sekiranya dia buat perkara tak baik. Tapi mereka berani ke? Kebanyakannya tak sebab semua sayang, cinta. Kalau kita masih pegang kepada aib, kita tak akan dapat keadilan. Perkara pertama kena sayang dan cinta adalah diri sendiri. Fikir asbab ‘aku buat perkara macam ni Ya Allah bantulah aku’. Semoga faham.”

Previous articleJadi Model Tudung Jenama Aliff Syukri, sekali Kata-kata Ira Kazar Meraih Tumpuan Ramai
Next article“Saya tidak akan membelakangi Isteri Saya…” – ‘Influencer’ Popular Kahwin Lain, Syukur Isteri Jaga Maruah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here