Home Isu Semasa “Sebak dengar berita hamil Emma Maembong, Tahniah untuk anak kedua!” – Netizen

“Sebak dengar berita hamil Emma Maembong, Tahniah untuk anak kedua!” – Netizen

216
0

Nampaknya penantian pelakon cantik, Emma Maembong dan suami untuk menimang cahaya mata kedua tertunai apabila mereka mengumumkan bakal mendapat seorang lagi zuriat.

Buat kejutan kepada suami
Dalam video yang dikongsi Emma di Instagram dia telah membuat kejutan untuk suaminya, Muhammad Shazli Azhar dengan ‘berpura-pura’ mengajak membuat rakaman video mengiklankan produk kosmetik.

Namun, setelah memulakan video, suaminya terkejut apabila ada alat ujian kehamilan di dalam kotak tersebut. Dia yang hilang kata-kata terus bertanyakan kesahihan berita gembira itu kepada isteri tercinta.

Masing2 terharu dengan berita bahagia
Dapat dilihat masing-masing menangis terharu dengan perkhabaran ini dan saling berpelukan kerana tidak menyangka akan menimang seorang lagi cahaya mata.

Muhammad Shazli juga tidak henti-henti mengucapkan syukur ke atas kebesaran Allah S.W.T dan mereka terlihat begitu bahagia.

Dalam pada itu, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu turut berkongsi video reaksi-reaksi yang diterima apabila memaklumkan yang dia sudah mengandung anak kedua kepada ahli keluarga dan kenalan rapat.

Tumpang gembira dengan berita baik ni
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga mengucapkan tahniah kepada Emma dan suami kerana bakal menyambut ahli baru dalam keluarga.

Mereka turut mendoakan agar urusan kehamilan Emma berjalan dengan lancar sehingga hari bersalin kelak.

Lihat klip video di bawah:

Lihat apa kata orang ramai:

coddy_maembong: syukur alhamdulillah ,im so happy for dear sister @emma_maembongofficial .. sebak plak tengok video ni.. kak long doakan timah gan husband di murahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan . tak sabar nak tunggu anak buah baru

luluulwn: Congrats kak emma.. Masa ajl 37 hari tu sebenarnya kita dalam 1 lift, saya tengok heels kak emma dipegang encik suami, sweet sangat, tengah pregnant rupanya.. Congrats.

tina_matsarip: knp aku lak yg nk ikut ngis! congrats emma! arshan number 2 soon! moga semua dpmudhkn utk emma & bby

Sumber: Instagram

Previous article“Noki K-Clique Pasrah Muka Kena Libas Dengan Gaun Awan Aina Abdul”-Insiden Noki Kena Libas Buat Ramai Terhibur
Next articleDah Tak Sebulu Dengan Jep? Rupanya Ini Sebab Shuib Tidak Masuk Sepahtu Reunion

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here