Home Isu Semasa “Saya Pun Nak Cari Rezeki..” – Ryan Bakery Pasrah Ditipu Ratusan Ribu...

“Saya Pun Nak Cari Rezeki..” – Ryan Bakery Pasrah Ditipu Ratusan Ribu Ringgit

0

Nama Ryan Bakery naik bak cendawan tumbuh selepas hujan sejak pkp 2 tahun lalu. Banyak video-video nya yang trending dan menjadi hiburan ramai. Rata-rata netizen menyukai videonya kerana mereka dapat mendalaminya dan sedikit sebanyak terkenang zaman mereka masih kanak-kanak.

Menerusi halaman tiktok, tular satu video seorang wartawan menemuramah influencer terkenal, Ryan Bakery. Dia bertanya tentang sepanjang kariernya, apakah yang dihadapi oleh Ryan Bakery. Ryan menjawab dengan jujur dan berkata, pada awalnya dia sering dikutuk dan dipandang serong oleh ramai. Ramai yang memandang rendah dan berkata apa yang dia buat itu sia-sia. Namun, Ryan tetap tabah dan alhamdulillah hari ini namanya cukup besar di Malaysia. Orang yang kutuk itu juga, sudah pasti telah menjilat ludah mereka kembali..

Tambah Ryan BAkery lagi, dia juga banyak ditipu sepanjang kariernya. Dia telah ditipu sehingga ratusan ribu ringgit. Dia berkata walaupun dia membuat video itu untuk menghiburkan orang ramai, namun dia juga ingin mencari rezeki untuk keluarga. Justeru dia agak terkilan apabila ditipu sehingga begitu sekali.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@ADAWIAH:sedang lalui fasa kena sindir dgn keluarga

@Parfum Bandung Senawang:Sama dlm bisnes. Yg dekat dan keliling dgn kita, belum tentu beri support. Bila dh berjaya semua dtg mcm semut

@Syawani__:Betul kite boleh jdi gile sbb kite suke buat video tp risau org yg dekat2 mengate ..

@LowDEx:Btl tu , Aku dlu mula mula nk streaming Pon kene mcm Nie . Drng ckp “ Alahh Tak Kan Jadi Mcm Soloz La “ kta bkn nk jdi dia . Kita mengispirasi kan Dia

@Yananydzam:Yg dkt tue yg menyakitkan hati..

@CEO OF RAFA:begitu lah kehidupan,yg support kau org yg xkenal kau, senario ni akan selalu berulang

@Nathalia Natrisyah:Sllu mcm tu bila kite nk buat smthing dorg akn prlekehkn ckp eh bole ke kau…ala kau ni maen2 jela pstu da dpt result dye trus trkjut ckp “bgsla kau ni

@Arief.:majoriti macam tu,masih bawah tempurung

Moga Ryan tabah dengan ujian yang dihadapi. Sekarang ramai yang support ryan, semua terhibur dengan video ryan.

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous article“Sikit-sikit dahla sis, laki orang tu…” – Kemesraan Ahirine dan Farid Kamil buat netizen risau
Next articleBelajar Buat Bom Di Youtube – Suspek Ditahan, Dipercayai Berpunca Daripada Cemburu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here