Home Isu Semasa “Saya Dah Lalui Perkara Ini Banyak Kali, Adat Bertanding Begitulah…” – Haqiem...

“Saya Dah Lalui Perkara Ini Banyak Kali, Adat Bertanding Begitulah…” – Haqiem Rusli

288
0

Walaupun ditewaskan dalam konsert akhir Famili Duo musim ketiga (FD3), penyanyi Haqiem Rusli tidak berkecil hati. Bagi Haqiem, semua yang berlaku dalam pertandingan tersebut adalah sebahagian daripada rezeki dan adat pertandingan.

Haqiem, yang sebenarnya bernama Ridzuan Haqiem Rusli, menjelaskan bahawa dia sudah terbiasa berdepan dengan kekalahan dan telah mengalaminya sejak awal kemunculannya dalam industri tanah air.

“Saya okey sahaja, jujurnya saya dah melalui perkara sebegini banyak kali dan ada yang saya menang, ada sebaliknya…” – Haqiem Rusli

“Dahulu saya masuk rancangan Mentor Milenia pun minggu pertama sudah tersingkir, jadi saya sudah terbiasa, adat bertanding begitulah, takkan semua kita mahu menang…” – Katanya

“Sebenarnya berbalik kepada rezeki juga, siapa yang bagus tidak kisah sama ada mereka penyanyi, pelawak atau apa juga latar belakangnya, semuanya berpotensi menang…” – Katanya lagi

Haqiem Rusli, pelantun lagu “Mimpi,” menyatakan bahawa rancangan Famili Duo musim ketiga banyak membuka matanya dan meningkatkan kebolehannya sebagai seorang penghibur, bukan sekadar penyanyi.

Walaupun Haqiem Rusli dan sepupunya, Ariff Bahran, harus menerima tempat ketiga dengan peratusan 58.3%, mereka mengakui realiti tersebut dengan ditinggalkan oleh dua peserta lain, iaitu Adira dan Emma Suhaimi, serta juara FD3, Sharif dan Syaiful.

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Kalau Ada Penyingkiran Malam Tadi Memang Siti Nordiana Terkeluar..” – Ramli MS
Next articleVivy Yusof Jawab Persoalan Kenapa Buat Tudung Mahal-Mahal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here