View Chin, nama yang telah ditular baru-baru ini di mana beliau telah kantoi berhubungan dengan seorang wanita yang bernama Amirah Aqilah atau dikenali sebagai Mira. View Chin juga mengaku bahawa beliau telah bersedia untuk memeluk agama Islam sekaligus menikahi wanita itu.
Beliau juga mendedahkan bahawa dirinya sedang mendekatkan dengan agama Islam dan merancang untuk ‘menghalalkan’ Mira. Kini beliau ingin menguruskan masalahnya dengan ‘Ah Moi’ (bekas isteri) terdahulu.
Baca lagi: “Nong Proy, Lelaki Tercantik Transgender Bakal Kahwini Anak Orang Kaya”-Pelik Tapi Benar
Baca lagi: Suhaimi Saad Minta Kahwin Lagi, Sekali Ini Permintaan Ina
Kata View Chin:
“Buat masa ini saya ingin urus masalah saya dengan Ah Moi (bekas isteri) dan apabila perkara ini sudah selesai dan kembali seperti biasa, saya akan mengahwini Mira”
“Ketika ini juga saya mula belajar tentang Islam dan mendekatkan diri dengan agama Islam. Saya tahu perbuatan saya selama ini dengan Mira adalah salah dan kami akan cuba memperbetulkan perkara itu”
“Ya, memang saya mengaku bercuti berdua bersama Mira di Bali, Indonesia sebelum ini. Ketika itu saya sangat stres dan Mira bimbang tentang keselamatan saya, sebab itu dia menemani saya ketika itu”
View this post on Instagram
View Chin turut mengatakan bahawa beliau sudah lama berniat untuk memperisterikan Mira apatah lagi selepas mengetahui kecurangan bekas isteri sejak tiga tahun lalu. Beliau juga menyifatkan Mira adalah teman baiknya malah sering berkongsi pelbagai perkara termasuk meluahkan soal peribadi.
“Mira tahu semua, tentang kecurangan Ah Moi, tentang Ah Moi pernah ugut saya. Sebab itu saya pilih Mira, bukan sebab paras rupa atau wang, yang penting dia boleh menerima anak-anak saya. Dia antara staf dan teman paling rapat, sangat baik, prihatin dan sentiasa memahami perasaan saya. Saya selesa meluahkan segalanya kepada Mira” -Kata View Chin
View this post on Instagram
Beliau juga mengatakan bahawa hubungannya bersama Ah Moi sudah berakhir pada Disember yang lalu dan mengambil keputusan untuk berdiam diri sebelum ini kerana memikirkan masa depan anak-anak mereka. Katanya, kedudukan Ah Moi dalam syarikatnya akan beliau tentukan sekiranya bekas isteri beliau telah mengambil sebarang tindakan termasuk undang-undang.
“Jadi buat masa ini, Mira terpaksa bersembunyi kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuklah keluarganya yang turut terpalit”
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Ohmymedia