Home Dunia “Sape Derhaka Sebenar Nya Ni..” – Puteri Sarah Fail Semula Tuntutan Nusyuz...

“Sape Derhaka Sebenar Nya Ni..” – Puteri Sarah Fail Semula Tuntutan Nusyuz Pada Syamsul Yusof

220
0

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 1 Disember tahun 1985, berasal dari London, England. Beliau memulakan kerjayanya dalam industri hiburan sebagai pelakon iklan, beliau juga dikenali dengan peranan lakonan di televisyen serta filem.

Baru-baru ini Puteri Sarah Liyana telah menjadi sebutan ramai apabila suaminya iaitu Syamsul Yusof, berkahwin secara senyap dengan Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghira Fatini pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar Saisi. Puteri Sarah kini membalas balik permohonan nusyuz terhadap suaminya, selepas Syamsul melakukan tuntutan pada 21 Mac lalu.

Kata Akberdin, antara tuntutan nusyuz yang difailkan oleh Puteri Sarah adalah sikap tidak bertanggungjawab Syamsul namun terma-terma secara terperinci tidak boleh dikongsikan.

“Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan nusyuz yang difailkan Syamsul dan pada masa yang sama pihak kita juga (Puteri Sarah) turut memfailkan tuntutan balas iaitu tuntutan nusyuz terhadap Syamsul”

Baca lagi: “Style Duduk Macam Madu You Pulak” -Sekali Ini Respon Puteri Sarah

Baca lagi: “Bercinta Dengan Engku Emran..” – Kali Ini Fiza Halim Sendiri Beri Jawapan

Screenshot 2023 05 08 124802

Akberdin berkata demikian selepas sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada pagi isnin.

Puteri Sarah Liyana, selaku defendan telah memasukkan pernyataan pembelaan pada 21 Mac lalu selepas tuntutan itu diterima pada 24 Mac yang lalu. Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd. Rais mengatakan pihaknya akan meneliti terdahulu sebelum memfailkan pembelaan terhadap tuntutan.

 

Screenshot 2023 05 08 125315

Pada tarikh sebutan semula kes hari ini, Syamsul dan Puteri Sarah tidak hadir dan hanya diwakili peguam syarie masing-masing. Semasa prosiding, Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee kemudian telah menetapkan 14 Jun ini bagi sebutan semula kes.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: OhBulan

Previous articlePengotor Betul Masuk Malaysia Buat Onar-Rakaman Kencing Merata Tarik Perhatian Netizen
Next article“LJ Ni Aku Tgk Makin Lama Makin Hitam, Dh Mcm Org Kampung”-Ini Jawapan Liyana Jasmay
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here