Home Hiburan Sampai Bila Nak Bergaduh? Kenapa Jadikan Netizen Sebagai Juri Untuk Selesaikan Masalah...

Sampai Bila Nak Bergaduh? Kenapa Jadikan Netizen Sebagai Juri Untuk Selesaikan Masalah Ni? – Ali Puteh

103
0

Menerusi siaran Melodi, Ali Puteh atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan telah memberikan kenyataan berikutan isu balu Abam iaitu Hidayah yang datang ke rumah arwah suaminya namun tiada siapa yang menyahut.

Menurut Ali, dia tidak mempunyai sebarang masalah jika kakak iparnya, Hidayah mahu datang ke rumah tersebut. Namun kakak iparnya itu merakam dan membuatkan Ali dihentam hebat netizen di media sosial kerana seolah-olah menggambarkan dirinya dan keluarga yang jahat.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penjelasan Ali Puteh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Berkenaan isu pembayaran saman sebanyak RM60000, Ali berkata yang dia telah menyerahkannya kepada pihak peguam.

“Benda ini saya serahkan kepada peguam dan saya minta nasihat daripada peguam macam mana nak uruskan dan selesaikan. Tetapi perkara itu saya tak boleh dedahkan di sini.

“Tapi awak jangan risau, jawapannya senang.. saya akan bayar dan bergantung kepada kemampuan kita untuk bayar secara lumpsum atau secara ansuran. Maknanya tuntutan itu akan dibayar juga”  Ujar Ali.

Ali sedar disebabkan kontroversi ini, netizen mulai membencinya namun dia percaya dengan rezeki andai masih ada pihak yang ingin memberikannya kerja dalam industri seni. Jika tiada, Ali redha namun jika ada peluang kerja dia akan kembali bekerja.

Dalam pada itu, Ali mengatakan yang dia memang ingin menamatkan semua ini dan menyelesaikan masalah yang sudah lama berlarutan.

Dia berharap sangat masalah yang terjadi ini dapat diselesaikan secara kekeluargaan dan bukan menjadikan masyakat juri dalam hal ini.

Previous articleSaiful Malaysian Idol Dah Jadi Pondan? Tapi Ramai Puji Nyanyiannya, Macam Ziana Zain
Next article“Dia Boleh Tergolek Pulak Ngan Buaya Tu”-Buaya Sungai Gombak, Tahniah JPAM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here