Home Hiburan “Sama Sama Kita Nikmati Perjalanannya” – Jalani Kehidupan Baru Sebagai Ibu Tunggal,...

“Sama Sama Kita Nikmati Perjalanannya” – Jalani Kehidupan Baru Sebagai Ibu Tunggal, Ayat Puteri Sarah Buat Bella Astillah Sentuh Hati

87
0

Perkongsian pelakon Puteri Sarah Liyana ketika menyambut Hari Raya Aidiladha semalam meraih perhatian dan menyentuh perasaan ramai warganet.

Menerusi hantaran di Instagram itu, Sarah berkongsi gambarnya bersama aktres dan penyanyi Bella Astillah bersama-sama dengan cahaya mata mereka.

Difahamkan, Sarah telah dijemput oleh Bella untuk datang ke rumah menyambut Aidiladha bersama keluarganya.

Hantaran tersebut turut memaparkan foto anak sulung mereka, Syaikhul Islam dan Ayden Adrean bergambar bersama-sama.

Hantaran tersebut menerima pelbagai respon daripada warganet yang mendoakan dua aktres jelita itu untuk terus kuat dalam menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

Dalam pada itu, ramai turut memuji dan berkata Sarah serta Bella memberikan semangat buat ibu tunggal yang lain di luar sana untuk terus tabah.

Previous articleGanjaran Akan Diberikan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Kes Rasuah
Next articleSuami Rasa Macam Ada Kekasih Baru, Emelda Rosmila Puas Hati Botakkan Rambut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here