Home Isu Semasa “Sama Je, Dua-Dua Mengambil Kesempatan…” – Naim Daniel Perli Vivy Yusof?

“Sama Je, Dua-Dua Mengambil Kesempatan…” – Naim Daniel Perli Vivy Yusof?

623
0

Tindakan seorang usahawan terkemuka, Vivy Yusof yang mengeluarkan koleksi produk bertemakan bendera Palestin telah kecoh diperkatakan di media sosial dan turut meraih tumpuan Penyanyi Lelaki Malaysia, Naim Daniel.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh akaun X dikenali sebagai arfdy12, dia telah berkongsi beberapa koleksi rekaan dari jenama dUCK berupa tudung, totebag dan juga mug. Naim yang telah melihat hantaran tersebut telah ‘retweet’ dan telah mengeluarkan ayat yang agak kurang senang terhadap hantaran tersebut.

FF711B38 4104 4D47 9357 8C4CD5893944

“Sama je dengan Israel, Dua-dua Oppurtunist…” – Naim Daniel

Walau bagaimanapun, pemilik jenama dUCK, Vivy Yusof kini tampil memberi penjelasan berkenaan isu yang dikaitkan dengan koleksi tudung dan beberapa aksesori yang baru sahaja dikeluarkan jenama tersebut.

Merujuk kepada penjelasan yang dikongsikan di Insta Story miliknya, dia mengatakan bahawa syarikatnya sama sekali tidak mengambil sebarang keuntungan yang diterima menerusi koleksi dUCK Palestin.

Hasil daripada keuntungan penjualan koleksi tersebut akan disalurkan terus ke organisasi bukan kerajaan, Viva Palestina Malaysia (VPM) bagi membantu pihak hospital, bekalan perubatan, tempat perlindungan dan makanan di negara perang berkenaan.

Dalam pada itu, dia juga mengatakan bahawa tiada pembayaran balik cukai terhadap jualan amal yang dibuat seperti yang didakwa netizen di media sosial kerana perkara tersebut sudah disahkan sendiri pihak VPM.

Ujarnya, dia mengeluarkan semula koleksi-koleksi tersebut memandangkan ada permintaan daripada orang ramai yang mahu memakainya bertujuan untuk solidariti kepada negara terbabit.

Lihat Posting di bawah:
933C56E6 9521 4236 8834 E23B83966B31

Sumber: X, Instagram

Previous articleMalu-Malu Sarung Cincin, Pelakon Rosnah Mat Aris Ibu Tiri Baru Ira Kazar?
Next articleAmir Masdi ‘Overshadow’ Nana Di Gegarvaganza. Peminat Tidak Puas Hati Persembahan Siti Nordiana Tenggelam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here