Wanita tercicir kad ATM Bank CIMB terkejut apabila mendapati wang yang berada dalam akaunnya berkurangan dan terdapat beberapa transaksi dilakukan tanpa pengetahuannya. Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim, mangsa telahpun membuat laporan kehilangan kad ATM miliknya yang dipercayai tercicir di Keningau, Sabah.
Ketika membuat semakan akaunnya melalui aplikasi ‘Cimb Clicks’, mangsa menyedari wangnya telah digunakan oleh beberapa transaksi yang bukan dilakukan olehnya dan transaksi pembelian itu dibuat melalui ‘Pay Wave’.
Hasil siasatan polis mendapati, rupa-rupanya ada seorang wanita berusia 33 tahun yang menggunakan kad tersebut dengan berbelanja sakan di beberapa pasar raya serta stesen minyak di sekitar daerah Keningau. Total duit yang dibelanjakannya adalah sebanyak RM1,365.
Wanita itu bagaimanapun akhirnya berjaya ditangkap dan ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.
“Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil berjaya menahan seorang wanita tempatan.
Baca Juga: Cara dapat duit percuma TNG E-Wallet
Baca Juga: Penemuan Tasik Berwarna Pink Buat Ramai Tertanya-Tanya
“Siasatan awal mendapati, suspek bertindak sedemikian kerana mahu membeli barang keperluan diri,” kata Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim.
Tambahnya lagi, kes tersebut masih disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.
Orang ramai dinasihatkan agar segera melaporkan kehilangan kad ATM kepada pihak bank sebaik sahaja menyedari kad ATM mereka sudah hilang atau tercicir. Dengan berbuat demikian, kita boleh mengelakkan kad ATM tersebut disalahguna oleh orang lain yang mungkin menemui kad tersebut.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Nang