Home Uncategorized Penemuan Tasik Berwarna Pink Buat Ramai Tertanya-Tanya

Penemuan Tasik Berwarna Pink Buat Ramai Tertanya-Tanya

182
0

Ada banyak Tasik di Malaysia, seperti Tasik Kenyir, Tasik Chini dan banyak lagi. Namun ada sebuah tasik yang lain daripada lain…

Sebuah tasik di Australia menjadi perhatian kerana warna airnya yang merah jambu. Warna pink itu bukan sekadar ilusi tapi tetap pink apabila dimasukkan ke dalam gelas.

tasikkk

Tasik bernama Hillier ditemui oleh Matthew Flinders, seorang navigator dari Britain, pada 1802.

Tasik tersebut panjangnya 4 km dan lebar 2 km, terletak di wilayah Goldfields-Esperance di Australia bahagian barat.

Penyelidik yang telah mengumpulkan pelbagai mikroorganisma dari tasik merah jambu ini untuk ujian sampel. Hasilnya mendapati bahawa kebanyakkan organisma tersebut adalah alga kemerahan yang dinamakan Dunaliella salina.

Alga mikro hijau halofil menghasilkan sebatian pigmen iaitu karotenoid bagi membantu menyerap cahaya matahari. Sebatian ini adalah faktor di sebalik keindahan tasik Hillier yang berwarna merah jambu. Keindahan warna tasik ini lebih menarik jika dilihat dari udara. Jika berada di tepi pantai, warnanya tidaklah begitu kelihatan terang.

Tasik ini pernah dijadikan sebagai tempat untuk mengambil garam disebabkan kepekatan yang hampir sama dengan laut mati. Tahap kemasinan tasik ini 10 kali ganda dari normal. Maksudnya kalau korang berenang dalam tasik ni, korang takkan tenggelam.

 

 

Previous articlePengorbanan Seorang Bapa, Sanggup Bonceng Motorsikal Sejauh 40km Demi Anak
Next articleLelaki Terkedu Makan Nasi Lemak RM1.50 Tapi Terselit Sampul Bawah Nasi, Punca Buat Ramai Pening

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here