Home Hiburan Rupanya Ini Punca Aaron Aziz Kena Buang Dari Original Gangster – “Dah...

Rupanya Ini Punca Aaron Aziz Kena Buang Dari Original Gangster – “Dah Lama Benda Ni Berlarutan..”

225
0

Baru-baru ini panas di media sosial apabila pelakon terkenal, Aaron Aziz mengumumkan yang dia telah keluar daripada filem Original Gangster .Aaron mendedahkan namanya digugurkan daripada membabitkan diri dalam penggambaran filem arahan Syamsul itu namun tidak mahu mendedahkan punca sebenar kerana masih menghormati Dato’ Yusof Haslam.

Rakan pelakon, Soffi Jikan yang juga memegang watak utama dalam filem berkenaan mendedahkan yang terdapat konflik antara Datuk Aaron Aziz dengan pengarah, Syamsul Yusof sehingga aktor Singapura itu ‘dibuang’ daripada filem The Original Gangster.

soffi

“Apa saya boleh kata memang ada isu kedua-dua belah pihak cuma ralatnya mereka tidak bersemuka untuk menyelesaikan masalah.
“Benda ini masih terpendam tapi kita harap semuanya berakhir dengan baik. Saya tak boleh komen lebih kerana tidak mahu masuk campur, cuma apa saya harapkan Aaron dan Syamsul selesaikan isu yang timbul dengan berhemah,” katanya.

“Kami yang berada di set penggambaran lagi terkejut sebab ia berlaku secara tiba-tiba tapi kami semua profesional dan mesti ada sebab kukuh tentang keputusan dibuat Syamsul dan penerbit.

“Kami juga tiada hak secara individu untuk berburuk sangka,” ujarnya

Moga konflik antara dua pihak ini dapat diselesaikan dengan baik. Ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nanti untuk Malik ‘comeback’. Jadi harapnya isu ini dapat diselesaikan secara profesional oleh kedua pihak.

Sumber OMM

Previous article“Suara Dia Sebiji Macam Amy Search, Dah Boleh Jadi Vokalis Search Ni..” – Netizen
Next article“Jangan Disangka Hijau Yg Tenang Tiada Air”-Disangka Padang Rupanya Tasik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here