Home Isu Semasa Rumah Pertahanan Selangor FC Khuzaimi Piee Dipecah Masuk

Rumah Pertahanan Selangor FC Khuzaimi Piee Dipecah Masuk

89
0

Rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee, telah dipecah masuk ketika beliau keluar untuk sesi latihan di Pusat Latihan Selangor, semalam.

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, antara barangan yang hilang termasuk sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport.

Ahmad Khuzaimi membuat laporan kepada pihak polis pada jam 11:30 malam selepas pulang dari sesi latihan.

Menurut laporannya: “Pada 22/05/2022 sekitar jam 2 petang, saya meninggalkan rumah untuk pergi ke tempat latihan bola sepak Selangor.

“Pada jam lebih kurang 9 malam semasa saya sampai di rumah saya dapati pintu pagar depan dan belakang telah terbuka…”

“Saya buat pemeriksaan di dalam rumah dapati ada barang-barang yang telah hilang seperti sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan pasport…”

“Hasil pemeriksaan awal anggaran dan lain-lain kerugian saya tidak pasti, tujuan saya membuat laporan adalah untuk tindakan lanjut daripada pihak polis serta pihak yang berkenaan…”

Sumber: Sinar Harian

Previous article“Trend Macamni Lah Bagus, Pupuk Semangat Perpaduan..” – Influencer Buat Video Pakai Pelbagai Baju Tradisonal Malaysia
Next articleBapa melutut selepas ditengking, mohon maaf sebab tak mampu beli iPhone untuk anak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here