Home Kehidupan RM14 Ribu Hilang Sekelip Mata, Akaun Bank Wanita Ini Digodam Tanpa Menggunakan...

RM14 Ribu Hilang Sekelip Mata, Akaun Bank Wanita Ini Digodam Tanpa Menggunakan TAC

283
0

Seorang wanita telah kehilangan wang simpanannya di sebuah bank dipercayai akibat digodam dan duit simpanannya lesap dalam bank tanpa TAC.

Menerusi perkongsian mangsa di Facebook, Mia Jia Xin berkongsi cerita di mana beliau mengalami kerugian lebih RM14,000 hanya dalam tempoh satu minit. Menurut beliau dua transaksi berjaya dilakukan terhadap wang simpanannya yang dipindahkan ke akaun tidak dikenali walau tanpa persetujuannya.

“Hari ini akaun bank saya digodam. Terdapat dua transaksi tanpa kebenaran saya dengan jumlah keseluruhan RM14,000 telah dipindahkan dalam masa 1 minit kepada orang yang tidak dikenali tanpa persetujuan saya”

Baca lagi: “Barang Harga Rm600, Skli Staff Caj Rm8 Ribu” -Seorg Wanita Bengang, Ayahnya Kena Scam

Baca lagi: Pengemis Berjaya Kumpul Duit Simpanan Sebanyak RM150,000 Dalam Tempoh 13 Tahun

WhatsApp Image 2023 05 16 at 9.38.42 AM

Mia Jia Xin mengatakan penggodam tersebut berjaua mengubah had pengeluaran harian tanpa perlu berikan TAC untuk memindahkan jumlah wang yang mereka mahukan. Beliau sendiri ragu-ragu jika masih perlukan TAC (Transaction Authorisation Code) kerana beliau juga pernah melihat orang lain buat laporan mengenai kehilangan duit walaupun tiada sebarang TAC diterima.

Mia Jia Xin turut berkongsi gambar ‘screenshot’ menunjukkan transaksi pemindahan DuitNow pertama dibuat pada jam 8.09 malam melibatkan jumlah wang sebanyak RM9,000 kepada Nasri Ali dan pada jam 8,10 malam, sebanyak RM5,360 lagi telolah berjaya dicuri dari akaun bank beliau.

Beliau segera menghubungi bank untuk membuat aduan berkenaan kejadian pada malam itu sebelum dihubungi oleh pengurus kes pada jam 8.40 malam.

WhatsApp Image 2023 05 16 at 9.38.41 AM

“Saya terus mengubungi bank setelah menerima mesej tersebut walaupun talian agak sibuk. Saya percaya, jika penggodam cukup cepat buat kerja, duit telah dipindahkan dari akaun awal ke akaun lain”

“Menurut pihak pengurus kes, tiada jaminan saya akan dapat duit itu semula, walaupun saya segera melaporkan isu tersebut dan mengesahkan transaksi dibuat tanpa kebenaran saya sendiri”

“Pihak bank cuba memberitahu saya bahawa pengguna perlu ambil risiko sendiri apabila menyimpan dengan mereka”

Dalam pada itu, Mia juga menjelaskan bahawa dia tidak menekan mana-mana pautan pancingan data (pishing) atau memuat turun sebarang perisian atau aplkasi yang meragukan ke telifonnya.

“Satu-satunya perkara yang saya buat sebelum digodam, saya menggunakan Aplikasi Perbankan Dalam Tailan (PBE) untuk membayar ansuran kad kredit”

“Apa yang berlaku telah menimbulkan rasa tidak selesa dan kecewa sebab kes transaksi duit tanpa kebenaran akan mengambil masa dua minggu untuk disiasat tanpa jaminan wang saya dapat kembali”

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang

Previous articlePengemis Berjaya Kumpul Duit Simpanan Sebanyak RM150,000 Dalam Tempoh 13 Tahun
Next articleIni Mindset Orang Kaya Buat Duit Dalam Dunia Kewangan, Ikuti Langkah-Langkah Ini
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here