Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok ejmikhaelvdwoodse, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana kejadian seorang lelaki berwarga asing tergelincir dan jatuh kerana ada lantai yang basah di sebuah pasaraya besar. Apa yang dikatakan oleh pemilik akaun video klip ini juga mangsa juga mempunyai sakit ‘Osteoporosis’ adalah keadaan biasa yang melemahkan tulangnya, apabila usia semakin lanjut perubahan dalam paras hormon menyebabkan tulangnya kehilangan mineral, lebih perinci lagi tulang yang rapuh dan mudah patah.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan bimbang jika berlaku kepada wanita mengandung ataupun warga emas kerana ia sememangnya berbahaya. Ada juga yang memberi amaran kepada pihak pasaraya agar mengambil langkah yang cepat jika ada lantai yang basah atau paip yang bocor supaya tiada pelanggan yang tercedera. Netizen juga mengatakan untuk mangsa mengambil tindakan undang-undang kepada pihak pasaraya. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.2M penonton, 45.3K sukaan dan 335 komen.
Pemilik video klip ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:
“Gasak la mall ni, kalau aku jadi customer tu.. memang aku saman. Dengar dr tour guide dia, dia ada osteoporosis pulak.. siap2 la..”
Baca lagi: “Orang British Pelik Kenapa Dekat Mall Banyak Jual Baju Salji’-Jawapan Warganet Buat Ramai Terbahak
Baca lagi: “Tidurlah Kat Parking Lot Tu” – Bila Lupa Kereta Dekat Mall Apa Perlu Buat
Lihat klip durasi pendek dibawah:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@WanMek: Hm aku pun pernah tergelincir dkt mall pastu aku nk tutup malu punya pasal, terpaksa buat2 pengsan
@Azrah87: Risau kalau kena dkt ibu mengandung atau warga emas.. Hrp pihak bkenaan tangani cpt mslh ni
@kakshah: tadi lalu jugak situ alhamdulillah Allah lindungi saya tengah sarat mengandung… syukur alhamdulillah…
@Husna Amira: Pernah jadi dekat saya mcm ni. Dekat mid valley. Tgh berjalan dgn kawan yg mengandung. Nasib lah saya yg jatuh. Saya dgn kawan fight utk medical bill
@Leon: X sah kalau Dataran Pahlawan x buat hal. Leaking tu wajib dan aircond dia serupa xyah beli aircond
@Jelita: kejadian nih teringat kan aku time aku tergelincir depan mall time tu hujan..ya allahh org pandang ade org nk tolong tapi dh bangun dulu..malu dy
@mrhqtrh: dp tu kalau boleh runtuh jela time hujan banyak baldi kat entrance
@userwawa: aku pernah tersungkur kat eskalator sebab dia tiba ii berhenti and jalan balik , pisyang mat koyak tapak kaki kene hujung ii dia tu
@Kyra: penah dlu keje kat dlm mall dlm parksons nk balik time tu ten askolator tu nk punch kad tak perasan ada muntah trgelicik jatuh kaki berjahit 5 time tu
@OK: saya selalu jatuh terduduk sbb tu sakit pinggang gn tulang belakang sekali jatuh KT Ikea tapi nasib pegang mak so x kuat sgt jatuh tu
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram