Home Isu Semasa Banjir Di Johor Semakin Teruk, Ramai Yang Terjejas

Banjir Di Johor Semakin Teruk, Ramai Yang Terjejas

138
0

Menteri besar Johor Onn Hafiz Ghazi menyifatkan banjir yang melanda negeri itu agak kritikal dengan lebih 20,000 penduduk terjejas setakat ini.

Beliau berkata semua pihak daripada kerajaan pusat dan negeri telah berganding bahu memastikan rakyat mendapat bantuan secepat mungkin.

Baca juga : “Nak Bg Bantuan Pd Mangsa Banjir Pun Susah”-Situasi Banjir Di Kg Jawa Baru Chaah

Baca juga : “Ni Kalau Terbang,Huru Hara Lari Tak Cukup Tanah”-Lipas Kelam Kabut Akibat Banjir

“Saya harap mangsa bersabar. Kita doakan banjir cepat surut dan cuaca bertambah baik hari ini,” katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di SK Temenggong Abdul Rahman.

sinetronmalaya.com banjir gj

Onn Hafiz berkata mereka yang dilaporkan terperangkap sebelum ini telah diselamatkan oleh anggota bantuan bencana, termasuk dari angkatan tentera, polis, bomba dan penyelamat serta pasukan pertahanan.

Beliau berkata semua pihak telah mempamerkan komitmen padu di tengah-tengah krisis terutama dalam menyediakan makanan, khemah dan keperluan lain.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang berkenan menghulurkan bantuan makanan dan prihatin terhadap mangsa.

sinetronmalaya.com banjir gv

Jawatankuasa pengurusan bencana negeri berkata jumlah mangsa banjir meningkat lebih dua kali ganda kepada 25,213 pagi ini melibatkan kesemua 10 daerah di Johor.

Segamat merupakan daerah paling teruk terjejas dengan 2,050 keluarga dipindahkan, diikuti Kluang (1,559), Kota Tinggi (769), Johor Bahru (607) dan Pontian (58).

 

Sumber : FMT

Previous article“Risau klau kena dkt ibu mengandung atau wrga emas, harap pihak Mall tangani cpt mslh ni” -Netizen
Next article“Fuh Suara Pengantin Setaraf Penyanyi, Kenduri Dah Macam Konsert..” – Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here