Home Hiburan “Rasa Bersalah Ya Amat…”-S4bit Terpelanting Masa Penggambaran & Terkena Pelakon Lain, Ellie...

“Rasa Bersalah Ya Amat…”-S4bit Terpelanting Masa Penggambaran & Terkena Pelakon Lain, Ellie Suriary Minta Maaf

161
0

Malang memang tidak berbau. Masih ingatkah pada gambar belakang tabir filem Telaga Suriram yang memperlihatkan pelakon Ellie Suriaty memegang sebilah s4bit yang dimuat naik di Instagram Nabila Huda baru-baru ini?

Nampaknya s4bit itu terpel4nting dan terkena pada dahi serta hidung pelakon Shahidan Izwan yang turut sama membintangi filem tersebut. Hal itu dikongsikan sendiri oleh pelakon-pelakon berkenaan di Instagram mereka.

“Saya menyebabkan acc1dent on set semalam, 1 Februari 2022 dalam shoot Telaga Suriram. Masa shoot, sabit di tangan Mak Tijah terpel4nting dalam perg3lutan dengan Jabet sehingga terkena dahi dan hidung Kasa.

“Saya minta maaf serta rasa bersalah ya amat pada Shahidan Izwan (yang menjayakan watak Kasa). Alhamdulillah… Syukran SWT. Baik sangat-sangat Shahidan lembut hati maafkan saya. Akak minta maaf forever ya Shahidan,” tulis Ellie di Instagramnya.

Dalam pada itu, Ellie yang membawakan watak Tijah berkata, dia reda dengan kejadian berkenaan walaupun mereka telah menjalankan raptai untuk babak tersebut.

“Kita dah rehearse babak tu, dah shoot banyak angle, tetiba terjadi kemalangan yang tak disangka-sangka. Mereka semua saksi kejadian. Terima kasih adik-adik semua kerana positive energy and positive vibes yang ada dalam jiwa kalian,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Shahidan yang turut memuat naik video yang menyaksikan luka pada bahagian hidung dan dahinya tidak mengambil hati ke atas kejadian yang telah berlaku.

Ujar Shahidan, sudah menjadi lumrah dan adat untuk kemalangan berlaku di set penggambaran.


“Acc1dent di set Telaga Suriram, kenangan yang tak boleh dilupakan sabit rumput terbang ke muka. Tiada siapa yang salah. Ni lah adat semasa berlakon mesti ada perkara yang tak diingini berlaku.

“Doakan saya cepat sembuh dan tak sabar nak masuk set balik nak buat yang terbaik untuk filem Telaga Suriram,” katanya.

Untuk rekod, Telaga Suriram yang diarahkan oleh Osman Ali turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Nabila Huda, Scha Alyahya dan Maya Karin.

Sumber: Gempak

Previous article“Alhamdulillah bayi kami..”- Akhirnya Yaya Sudah Bergelar Ibu. Dedah Nama Anak
Next articleGuru sanggup belanja besar bawa 30 murid ke KFC… terpegun tengok sos keluar dari pam, tangan terketar pertama kali dapat makan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here