Home Isu Semasa “Alhamdulillah bayi kami..”- Akhirnya Yaya Sudah Bergelar Ibu. Dedah Nama Anak

“Alhamdulillah bayi kami..”- Akhirnya Yaya Sudah Bergelar Ibu. Dedah Nama Anak

296
0

Wanita ker.dil memiliki ketinggian 118 sentimeter yang perkahwinannya bersama lelaki normal tular di media sosial pada April tahun lalu kini sudah bergelar ibu.

Syakila Norazma Amira Zuharsema, 28, yang cuma berketinggian 118 sentimeter (sm) selamat melahirkan bayi lelaki pada Jumaat lalu.

Dia yang mesra dipanggil Yaya berkata, bayi lelaki seberat 2.35 kilogram(kg) tersebut dilahirkan secara pem.be.dahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 1.47 tengah hari.

“Alhamdulillah bayi kami dilahirkan normal. Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 25 Februari depan.

HULU TERENGGANU Azri mendukung isterinya Syakila di sini hari ini. gambar dan pemberita Noor Hayati Mamat

“Begitupun, pakar perubatan menasihatkan kelahiran dilakukan secara pembe.dahan sebulan lebih awal daripada jang.kaan demi keselamatan saya dan bayi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Pengkalan Ajal di sini hari ini.

Yaya yang sedang berpantang berkata, dia dimaklumkan ri.siko kelahiran meningkat kerana fizikal ker.dilnya dikhuatiri tidak mampu menampung kandungannya yang semakin membesar.

Dia dan suami, Muhammad Azri Zaidi, 20, bersyukur proses kelahiran secara pem.be.dahan terbabit berjalan lancar.

WhatsApp Image 2022 02 02 at 4.18.20 PM 1

“Kami sepa.kat menamakan cahaya mata pertama ini, Muhammad Ayden Adrian. Ia lambang percintaan sejati saya dan suami.

“Sejujurnya saya sangat bersyukur dengan susunan rezeki yang ditakdirkan Allah kepada saya. Disebabkan keadaan fizikal, dulu saya tidak pernah terfikir bertemu jodoh apatah lagi bergelar ibu,” katanya.

Sumber: K! ONLINE

Previous article“Sy men4ngis lepas..” Beberapa Bulan Tk Tinggal Sbumbung, Pendedahan Aisyah Undang Sebak Ramai
Next article“Rasa Bersalah Ya Amat…”-S4bit Terpelanting Masa Penggambaran & Terkena Pelakon Lain, Ellie Suriary Minta Maaf
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here