Home Isu Semasa Rakaman tunjal dahi wanita di Cameron Highland tersebar, sekali Abang tunjal dahi...

Rakaman tunjal dahi wanita di Cameron Highland tersebar, sekali Abang tunjal dahi tersebut dedah hal sebenar

226
0

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan seorang lelaki berbadan sado berbaju merah memarahi dan menunjal dahi seorang wanita yang memandu Perodua Myvi gara-gara memandu secara merbahaya sewaktu perjalanan dari Cameron Highland.

Akibat itu, lelaki berkenaan ditahan oleh polis dan dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari kerana mengaku bersalah atas perbuatan tersebut.

Abang ‘Cameron Highland’ mohon maaf
Terbaharu, dia yang dikenali Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan dengan insiden berkenaan.

“Pertama sekali, saya mahu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia sebab kelakuan saya terhadap seorang wanita kerana menunjal dahi yang berlaku di Jalan Tapah – Cameron Highland,”ujarnya.

Muhammad Zaim Faiz juga berharap agar orang tidak lagi memberi sebarang komen atau ulasan yang negatif terhadap insiden yang berlaku sebelum ini, namun mengaku bersalah kerana menunjal dahi pemandu wanita terbabit.

Katanya, tahap kesabarannya sebagai seorang lelaki juga batasan lebih-lebih lagi ia melibatkan nyawa keluarga tersayang.

“Di sini saya nak ceritakan situasi sebenar, daripada A sehingga ke Z, apa yang jadi pada diri sendiri, isteri dan anak-anak dan kereta.

“Kami sudah habis beriadah (dalam perjalanan pulang dari Cameron Highland ke Shah Alam). Sewaktu saya turun dari Cameron Highland di Jalan Tapah, keadaan trafik agak sesak pada ketika itu, banyak kereta mahu pulang.

“Di situ ada satu situasi, saya nampak satu kenderaan pacuan empat roda dan sebuah Perodua Myvi yang sedang memotong barisan. Seperti biasa, saya meneruskan perjalanan dan Myvi tersebut ada di belakang saya, sehinggalah sampai ke satu selekoh tajam.

“Saya fokuskan pada selekoh, saya memang tak pandang belakang. Dan ada satu kereta bertentangan nak masuk dan secara tiba-tiba saya nampak dia menghala ke saya sambil ‘brek’ kecemasan dan membunyikan hon. Saya tengok di belakang ada sebuah kereta Myvi nak potong tapi tak lepas,”ceritanya.

“Saya nak tekan brek, anak bini saya ada di belakang. Saya nak tekan minyak, memang dah tak lepas dah, kereta ada di depan. Maknanya saya berada di tengah-tengah.

“Time tu, kereta tu dah brek emergency dan menghala ke saya, saya brek emergency dan tayar kereta saya dah jatuh daripada jalan. Dekat situ saya bernasib baik, tak tekan break. Kalau tidak, maknanya jatuh ke gaung. Bukan saya sahaja tapi kereta lain di belakang pasti akan ikut sekali.

“Saya brek emergency pun, bini saya dah jatuh, perut dah kena kerusi hadapan dan mengadu sakit termasuk anak-anak juga jatuh,”ceritanya lagi.

Bagaimanapun, dia masih meneruskan perjalanan sehinggalah tiba di Lata Iskandar, Perak iaitu tiga kilometer dari lokasi kejadian dan berhenti kerana sudah tidak dapat menahan kesabaran.

Muhammad Zaim Faiz berkata, dirinya turun dari kenderaan dan menghampiran kereta Perodua Myvi berkenaan dan bercakap secara baik, namun diserang bertubi-tubi secara kasar sehingga menimbulkan kemarahannya.

Lihat klip video di bawah:

Lihat apa kata orang ramai:
@Apachee shop: yea tau situasi awk tgh marah..org x kisah kalau awak marah…tp jgn cpt naik tgn… org yg kuat org yg berjaya menahan amarahnya…

@Muhammad Syaifullah: nasib baik tak masuk gaung . kalau dah masuk amacam tu ? betulah tu apa dia buat cuma dia tunjal tujelah salah.semoga abang dan keluarga sihat selalu

@Mr.ros: betul lah tu….pompuan tu menjawab…..kalau sy pun marah…..kalau pompuan tu ngaku silap….minta maaf..kan takde lah brother ni Marah sgt,nyawe tu

@Farish shah21: Sy paham prasaan abg ni.,klo sy pon sy marah bang..tp abg kne ingt..pompuan xpenah salah bang..

@Abg_mat65: bukan abg ni sorang akan melenting.. setiap orang akan melenting jika ada pemandu merbahaya yg boleh menyebab kn kemalangan. terbaikk bang 👍

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok

Previous articleTular mengenai kematian Siti Sarah, sekali Shuib memohon maaf kepada Allahyarham buat ramai sebak
Next articleSuri Rumah Tunggu Giliran Selama 2 Jam Di Bank Untuk Buka Akaun, Sekali Lain Pula Jadinya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here