Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Mateen akan dibawa semula ke kediaman mereka di Damansara Damai hari ini, difahamkan bagi tujuan lakonan semula kejadian.
Perkara itu dilaporkan oleh wartawan yang berada di lokasi rumah mereka pada jam 10.15 pagi tadi. Ibu Zayn dilihat turun dari sebuah van putih dan menuju ke blok R di kediaman mereka.
Ibu Zayn kemudian dibawa ke lokasi kejadian di mana kanak-kanak itu ditemui, iaitu di anak sungai yang terletak 200 meter dari blok kediaman mereka.
Anggota polis yang mengiringi ibu Zayn turut dilihat membawa sebuah patung kanak-kanak yang tujuannya tidak pasti.
Setakat ini, belum ada perkongsian rasmi dari pihak polis dan siasatan masih sedang berlangsung.
Sumber: Harian Metro
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.