Home Isu Semasa “Plot twist klah cerita Tamil..” Vida Seperti ‘Mkan Cili Rsa Pedas’ Tonton...

“Plot twist klah cerita Tamil..” Vida Seperti ‘Mkan Cili Rsa Pedas’ Tonton MV Lagu Iqbal- ‘tvduh lapar publisiti’

130
0

MEMUALKANUsahawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak sanggup menghabiskan tontonan video muzik (MV) single pertama berjudul Hujan nyanyian bekas kekasihnya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang dimuat naik di laman YouTube pada Isnin.

Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, menyifatkan bekas pembantu peribadinya itu seorang yang gilakan populariti hingga tergamak menjadikan ‘kisah kahwin tak jadi’ sebagai sebahagian jalan cerita dalam MV lagu itu.

“Saya akui sentap apabila orang samakan jalan cerita dalam MV itu dengan kisah kami… try hard yang memualkan! Dia memang lapar populariti, buat apa sahaja kerana nak capai impian untuk popular.

“Saya tak sanggup nak tengok MV itu sampai habis… dia jaja kisah peribadi, semuanya penuh t3mberang dan p3mbohongan demi nak meraih populariti dan simpati orang ramai.

vida iqbal 3

Babak tak jadi kahwin dalam MV lagu Hujan.

“Walaupun MV tu dah diubah menggambarkan saya yang tak bertudung, tak pakai bling-bling dan guna pelakon muda, tapi netizen masih dapat rasa persamaan cerita kami,” katanya kepada mStar.

Lagu ciptaan Oja, Zai Hamzah, Iqbal Zulkefli, Achoi, Eric Fuzi yang dimuat naik di akaun YouTube Rusa Music itu menjadi trending nombor satu di laman berkenaan.

Lirik lagu itu berkaitan kisah saya adalah jalan utama cerita tapi pembohongan memang jelas dan nyata, cuma cerita sebenar dah di plot twist!

VIDA

USAHAWAN KOSMETIK

Mengulas mengenai kemampuan vokal Iqbal, Vida berkata lagu tersebut menerima sambutan hebat pendengar kerana kekuatan MV berkenaan.

Dia turut mengucapkan tahniah kepada Iqbal kerana akhirnya impian untuk meraih populariti dalam masa singkat tercapai hasil menjaja kisah cinta mereka.

vida iqbal 2

Vida bersama dua anaknya, Kacak (kiri) dan Cik B (kanan).

“Sebenarnya kekuatan pada lagu ni adalah MV yang sangat kreatif… itu saya tak boleh nafikan. Suara ada la sikit-sikit macam yang Michael Ang kata dulu (suara kepit macam pondan pencen). Nak masuk anugerah lagu? Saya gelak dulu.

“Lirik lagu itu berkaitan kisah saya adalah jalan utama cerita tapi pembohongan memang jelas dan nyata, cuma cerita sebenar dah di plot twist… kalah cerita Tamil.

“Biarlah asalkan dia boleh raih populariti dia sanggup buat apa sahaja dan sekarang dia dah jumpa apa dia cari,” ujarnya.

Sumber:mStar

Previous article“Saya Mengandung…” – ‘Dispatch’ Bongkar Mesej Antara Kim Seon Ho & Bekas Kekasih
Next article“Saya sudah sedia berumah tangga, tapi..” -Zara Zya
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here