Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok boss_jebat, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki yang berniaga nasi lemak Rm1 di tepi jalanraya, namun didatangi pihak berkuasa dan ingin menarik kenderaan-kenderaan yang manghalang jalan. Reaksi seorang lelaki ini sehingga merayu kepada pihak berkuasa untuk tidak menarik kenderaan pelanggannya dan sanggup mengemaskan barang-barang peniagaan beliau supaya tidak ada pergaduhan diantara pihak berkuasa dan pelanggan nya.
Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan perkara ini sering berlaku kepada peniaga-peniaga kecil di tepi jalanraya dan berasa sebak melihat reaksi peniaga itu sanggup berbuat demikian kerana tidak mahu ada pergaduhan. Ada juga yang mendoakan semoga beliau tabah, diberikan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 550.6K penonton, 45K sukaan dan 2168 komen.
Baca lagi: Peniaga Tak Perasan Dpt Duit ‘Rare’ Dri Customer
Baca lagi: Rafizi Ramli Minta Peniaga Dan Pengusaha Restoran Memberi Kerjasama Dgn Harga Penurunan Makanan
Lihat klip durasi pendek reaksi peniaga ini:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@CEO BATU: sabar ya bang semoga dimurahkn rezeki dn Berjaya dunia akhirat
@alipho: Zaman now takboleh nampak orang senang, bertabah bang.semoga dimurahkan rezeki
@Bree: Assalamualaikum..Bang xpe rezeki Allah yg punya…diaorg ni klu Rohingya bukan main jaga,bela smpai usik sikit pon x boleh..SABAR REZEKI ADA D MANA²..
@𝐄 𝐋 𝐔 𝐋 𝐙 : smoga dpermudahkn sgala urusan mu bang dan sntiasa di limpahi rezeki yang banyak bang
@Wan_tn81: xpa bang..rezeki Allah tu luas..biaq depa buat keja depa..kita teruskn kerja kita…ada ja nnt Allah hadirkan rezeki yg melimpah ruas kat Abg..
@TOK WAN NASI DAGANG: sabar memang adap org niaga macam kite kne hadap semua tu..sy dh 2x kne angkat semua skali dgn makanan2 skali..payung meja licin semua..
@kekasihku.. ya Muhammad..: sy dpt rasa kan perasaan dia .. gembira dlm duka .. bahagia tp tersiksa…
Allah sedg menaik kan darjat MU shbt
@Hidayah Tdhouse: Pernah rase mcm ni.tetibe nangis mcm ilang sesuatu berharga.rse mcm dh x nak niaga
@Shah: Pelik lah org kerajaan ni..tapi tu lah.. Mereka cuma ikut arahan.. Klau langgar arahan Kena pecat.. Hati berbelah bagi..serba salah.. Sabar ya bro..
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram