Setelah insiden khalwat yang melibatkan Aliff Aziz dan Ruhainies baru-baru ini, jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kitsui, telah melancarkan satu iklan Kitsui Ramadan Greeting dan Kitsui Raya. Iklan produk tersebut menampilkan 3 selebriti terkenal iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid, dan Ruhainies.
Mengenai isu khalwat yang melibatkan Ruhainies, Kitsui berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan mereka kerana rakaman itu dilakukan pada Disember 2023.
“KITSUI TIDAK MENYOKONG MANA-MANA PIHAK, KELAKUAN BURUK ATAU KONTROVERSI…” – KITSUI
Oleh itu, Kitsui memutuskan untuk memuat naik iklan produk mereka dengan menyensor muka Ruhainies dan memohon maaf kepada semua pihak.
Situasi ini pasti akan memberikan kesan negatif kepada reputasi Ruhainies, walaupun beliau sudah mengeluarkan kenyataan semalam.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.