Tular di laman tiktok, sesi podcast di mana mereka membincangkan tentang isu stesen radio.
Dalam perbincangan tersebut, Syuk ada membuka cerita yang dia pernah dibuang oleh Era FM.
Dia berkata yang dia diberi tugasan untuk menjadi penyampai radio live semasa hari raya. Namun dia ‘Mengelat’ dan membuat rakaman seolah-olah dia sedang live di hari raya.
Namun taktiknya itu kantoi, kerana dia sudah dalam perjalanan ke Pulau Pinang semasa ditelefon oleh majikannya untuk menukar lagu. Akibatnya dia dipecat oleh Era FM.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Entah kenapa Syuk membuka pekungnya sendiri. Daripada sini kita perlulah mengambil pengajaran untuk bekerja dengan amanah. Andai kata ada masalah, berbincanglah dengan majikan dan jangan menipu kerana lambat laun akan terbongkar jua. Bak kata pepatah, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.