Home Viral “Dia Maki Saya, Hari Raya Pertama Saya Dah Takda Job…” – Shuk...

“Dia Maki Saya, Hari Raya Pertama Saya Dah Takda Job…” – Shuk Sahar Dedah Penamatan Karier Disebabkan Rekod Program Live

342
0

Apabila isu tentang kerjaya sebagai deejay hangat diperbincangkan, pelawak Shuk Sahar mendedahkan dia sebelum ini pernah digantung tugas daripada sebuah stesen radio swasta.

Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 38, menyatakan bahawa pada ketika itu dia bertugas sebagai penyampai radio slot hujung minggu yang kebetulan bertepatan dengan hari raya pertama.

Namun, kerana ingin pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman di Pulau Pinang, pelawak itu membuat keputusan ‘berani mati’ dengan merakam segmen kendaliannya yang sepatutnya dijalankan secara langsung tanpa izin pihak pengurusan.

“Masa itu hari raya dan saya kena kerja. Apa yang saya buat, saya datang malam raya ke konti…” – Shuk

“Sebab nak balik Pulau Pinang, jadi saya datang (ke studio) dan rekod siap-siap. Sepatutnya show itu tak boleh rekod…” – Katanya

“Saya suruh kawan-kawan menyamar jadi pemanggil…” – Katanya lagi

Shuk mendedahkan perkara tersebut melalui siaran podcast bersama Okletsgo di YouTube.

Menurut Shuk, dia malah memberitahu rakan-rakannya cara untuk berlakon dengan intonasi seolah-olah sedang menyambut hari raya untuk menghindari ketahuan penipuannya.

Namun, kejadian yang tidak dijangka berlaku apabila majikan menghubunginya secara tiba-tiba sekitar pukul 6.30 pagi, meminta agar dia menukar susunan lagu yang sudah disiapkan.

“Pukul 6.30 pagi dah nak sampai Pulau Pinang, bos radio telefon saya suruh ubah lagu sebab lagu tu dah nak padam…” – Tambahnya

“Saya terdiam, mula-mula dia telefon tu saya siap pasang radio bagi dengar macam suasana dekat konti…” – Tambahnya lagi

Majikan Shuk yang bengang dengan tindakan tersebut kemudian tanpa berfikir panjang membuat keputusan untuk memberhentikannya.

“Dia maki saya. Minggu depan kau datang kau ambil surat resign. Hari raya pertama saya dah tak ada job…” – Luahnya

Melihat ke dalam ruangan komen, dapat dilihat bahawa kebanyakan netizen terhibur dengan pengakuan Shuk yang dianggap berani tetapi lucu. Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan pelawak tersebut, mengkritiknya sebagai tidak berdisiplin.

Lihat klip video di bawah:

@okletsgo.sg Kenapa Tyzo dibuang Suria FM dan kisah Shuk dibuang Era FM DENGAR FULL PODCAST DI SPOTIFY ➡ OKLETSGO #okletsgosg #fypsg #viralsg #fyp #fypmalaysia #viralmalaysia #shuksahar #suriafm #erafm #radio #podcast ♬ original sound – OKLETSGO

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articlePernah Menipu Semasa Menjadi Penyampai Radio? Syuk Sahar Dedah Punca Dipecat Era FM
Next articleKonsert Bergerak. Bakat Luar Biasa, Peminat Tergamam Aina Abdul Menyanyi Di Atas Bas Ronda Ronda KL. Siap Tarik High Note

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here