Selepas dua bulan melahirkan Haider Mateen, selebriti Elly Mazlein memberitahu dia akan mend.edahkan wajah puteranya menerusi program MeleTOP yang akan bersiaran pada malam, Selasa.
Bagaimanapun Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, dia memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi foto wajah anaknya di laman sosial selepas ini.
Sama seperti anak perempuannya Putri Sara Sefhia Azmi, penyanyi berusia 41 tahun lebih selesa dengan cara begitu.
“Untuk Haider ini, kami ada eksklusif dan akan dikongsikan di program MeleTOP. Saya tak sorok anak pun. Macam Sefhia sebelum ini pun saya jarang tunjuk.
“Sama juga dengan anak kedua ini. Masing-masing ada cara tersendiri, begitu juga dengan saya. Saya rasa bahagia dengan cara sebegini,” katanya.
Elly ditemui ketika selesai konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kelapan GV8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini.
Untuk rekod, Elly dan suaminya Mohamad Azlan, 31, mendirikan rumah tangga pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur WTC KL.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Empat D.ara versi 2020 ini turut berkongsi pengalaman pertama suaminya menjaga bayi mereka.
“Sebenarnya tak nampak pun suami kekok jaga anak sulungnya. Sefhia pun dia dah jaga seperti anaknya sendiri dengan penuh kasih sayang. Cara dia jaga Haider nampak macam sebelum ini pernah ada anak. Dia langsung tak nampak janggal, malah dia selalu berjaga malam dan tolong bancuh susu.
“Kalau saya penat sangat dia akan uruskan segalanya. Alhamdulillah saya dikurniakan suami sebaik dan harap kekal sampai bila-bila,” kata Elly.
Sementara itu, pelakon drama Kampung People ini memberitahu nama putera sulungnya iaitu Haider Mateen merupakan pilihannya dan suami.
“Nama Haider Mateen itu pilihan saya dan suami. Kami sama-sama pilih nama itu. Maksud Haider itu kuat seperti singa,” ujarnya.
Kongsi Gambar Anak Kedua
Selebriti Elly Mazlein akhirnya berkongsi gambar anak keduanya, Haider Mateen Mohd Azlan menjelang sambutan tahun baru 2022.
Foto tersebut dimuat naik penyanyi itu menerusi Instagram yang dikemas kini. Turut tertera ialah foto anak pertamanya, Putri Sara Sefhia ketika masih bayi.
“2 Cinta mama Putri Sara Sefhia & Haider Mateen. Penutup keindahan Tahun 2021. Selamat Datang 2022,” tulisnya.
Bagaimanapun akses ruangan komen ditutup Elly yang lebih mesra disapa Kak Lina.
Antara Reaksi Di FB
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.