Home Hiburan “Comelnya iras..” Penyanyi EllyMazlein Akhirnya Dedah Gambar Anak Kedua HaderMateen

“Comelnya iras..” Penyanyi EllyMazlein Akhirnya Dedah Gambar Anak Kedua HaderMateen

200
0

Selepas dua bulan melahirkan Haider Mateen, selebriti Elly Mazlein memberitahu dia akan mend.edahkan wajah puteranya menerusi program MeleTOP yang akan bersiaran pada malam, Selasa.

Bagaimanapun Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, dia memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi foto wajah anaknya di laman sosial selepas ini.

Sama seperti anak perempuannya Putri Sara Sefhia Azmi, penyanyi berusia 41 tahun lebih selesa dengan cara begitu.

1342092

“Untuk Haider ini, kami ada eksklusif dan akan dikongsikan di program MeleTOP. Saya tak sorok anak pun. Macam Sefhia sebelum ini pun saya jarang tunjuk.

“Sama juga dengan anak kedua ini. Masing-masing ada cara tersendiri, begitu juga dengan saya. Saya rasa bahagia dengan cara sebegini,” katanya.

Elly ditemui ketika selesai konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kelapan GV8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini.

Untuk rekod, Elly dan suaminya Mohamad Azlan, 31, mendirikan rumah tangga pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur WTC KL.

1342093

Dalam pada itu, penyanyi lagu Empat D.ara versi 2020 ini turut berkongsi pengalaman pertama suaminya menjaga bayi mereka.

“Sebenarnya tak nampak pun suami kekok jaga anak sulungnya. Sefhia pun dia dah jaga seperti anaknya sendiri dengan penuh kasih sayang. Cara dia jaga Haider nampak macam sebelum ini pernah ada anak. Dia langsung tak nampak janggal, malah dia selalu berjaga malam dan tolong bancuh susu.

“Kalau saya penat sangat dia akan uruskan segalanya. Alhamdulillah saya dikurniakan suami sebaik dan harap kekal sampai bila-bila,” kata Elly.

elly mazlein 17 1024x1024 1 e1579484017539

Sementara itu, pelakon drama Kampung People ini memberitahu nama putera sulungnya iaitu Haider Mateen merupakan pilihannya dan suami.

“Nama Haider Mateen itu pilihan saya dan suami. Kami sama-sama pilih nama itu. Maksud Haider itu kuat seperti singa,” ujarnya.

Kongsi Gambar Anak Kedua

Selebriti Elly Mazlein akhirnya berkongsi gambar anak keduanya, Haider Mateen Mohd Azlan menjelang sambutan tahun baru 2022.

Foto tersebut dimuat naik penyanyi itu menerusi Instagram yang dikemas kini. Turut tertera ialah foto anak pertamanya, Putri Sara Sefhia ketika masih bayi.

Screenshot 20211231 205206 Instagram

“2 Cinta mama Putri Sara Sefhia & Haider Mateen. Penutup keindahan Tahun 2021. Selamat Datang 2022,” tulisnya.

Bagaimanapun akses ruangan komen ditutup Elly yang lebih mesra disapa Kak Lina.

Antara Reaksi Di FB

Screenshot 20211231 211314 Facebook

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous article“Bakal isteri Shuib kena pandai masak,” – Syarat Ibu Shuib
Next article“Rumah Dil4ndar B4njir…., Masuk H0spital”- Ini Keadaan Terkini Ebby Yus
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here