Home Hiburan “Rumah Dil4ndar B4njir…., Masuk H0spital”- Ini Keadaan Terkini Ebby Yus

“Rumah Dil4ndar B4njir…., Masuk H0spital”- Ini Keadaan Terkini Ebby Yus

170
0

KALAU dilihat dari kaca mata kasar orang ramai, nasib pelakon dan pelawak, Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, boleh diibaratkan seperti pepatah yang berbunyi, sudah jatuh ditimpa tangga.

Masakan tidak, rumah miliknya yang sedang dalam pembinaan dianggarkan berharga RM200,000 mus.nah diland.a arus der..as ketika ben.cana ba.njir me.landa baru-baru ini.

Ketika dihubungi HibGlam, anak seni yang cukup dikenali menerusi siri sitkom televisyen Simpang Tiga itu berkata, sebagai manusia, dia tidak mahu mengeluh dengan apa yang terjadi dalam hidupnya.

Pun begitu, dia mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai dan semoga semua manusia lain termasuk dirinya dipermudahkan urusan di dunia dan akh.irat.

Bagaimanapun dia diuji sekali lagi apabila dimasukkan ke sebuah ho.spital di ibu negara disebabkan mas.alah paru-paru.

Ebby bagaimanapun memaklumkan, keadaannya sekarang stabil dan tidak memerlukan rawatan sehingga berdepan kemungkinan paru-parunya perlu dite.buk.

HIBGLAMBagaimana keadaan kesihatan abang sekarang?
EBBY YUS: Alhamdulillah, doktor dah buat pemeriksaan dan keadaan paru-paru saya sekarang tidak memerlukan rawatan sampai perlu dite.buk. Walau bagaimanapun, saya perlu menjalani rawatan susulan di hos.pital. Terima kasih sebab ingat dan mendoakan kesihatan saya pulih. Terima kasih buat semua yang mendoakan dan percayalah, doa kepada saya berbalik kepada kalian semua. Doa yang baik-baik.

27953689 3
EBBY dimasukkan ke hos.pital baru-baru ini akibat masalah paru-paru.

Maaf bertanya, dalam waktu terdekat ini, ujian demi ujian menimpa abang. Bagaimana abang dapat kekuatan untuk menghadapi semua ini?
Saya selalu cakap pada diri sendiri setiap yang berlaku, ada hikmahnya dan kalau kita rasa diri kita sedang susah, ada orang lagi susah sebenarnya.
Kadang-kadang, kita manusia ini mahukan sesuatu yang indah dalam kehidupan tetapi usahanya tidak banyak. Kalau diuji sikit, terus rasa ingin mengalah. Nak berserah atau reda boleh, bukan tak boleh tetapi selepas berusaha bersungguh-sungguh. Itu yang saya pegang dalam kehidupan.

Orang nampak kuatnya seorang Ebby Yus tapi mungkin mereka tak rasa sebab mereka bukan diri abang. Apa yang abang boleh katakan berkenaan perkara tersebut?
Beginilah. Apa yang kita ada di dunia ini hanya pinjaman. Isteri, anak-anak dan harta benda, semuanya milik Allah SWT. Kalau dah berusaha nak sembuh atau dapatkan sesuatu, barulah kita boleh berserah atau reda. Itu pekerti seorang Muslim yang dituntut dalam agama.

collage ebby 1

Contoh macam saya, diuji dengan bermacam-macam peny.akit pada usia sekarang, takkan saya nak berdiam diri atau berpeluk tubuh? Saya perlu ikhtiar nak sembuh macam dahulu. Sebab apa? Sebab saya percaya, kesembuhan dan segala kebaikan datang daripada Allah. Dia yang ada kuasa untuk segala-galanya. Semua yang ada di muka bumi ini adalah miliknya. Kita pinjam sahaja semua itu.

Maaf bertanya, mungkin dengan apa yang berlaku dalam hidup anda akhir-akhir ini, adakah anda memerlukan apa-apa bantuan, barangkali dari segi kewangan dan sebagainya?

Tidak perlu. Cukup dengan hanya kita berdoa untuk diri masing-masing. Saya masih boleh teruskan hidup seperti biasa atas kurniaan rezeki Ilahi.
Kita tolong orang yang betul-betul memerlukan bantuan. Contohnya, mangsa-mangsa banjir, mereka yang hilang tempat bergantung disebabkan vir….us Co….vid-19 dan sebagainya. Kita kesan, cari dan hulurkan bantuan. Insya-Allah tahun baharu ini, semuanya akan lebih membaik dan memulih buat semua orang. Kita doa sama-sama.

Sumber: Kosmo

Previous article“Comelnya iras..” Penyanyi EllyMazlein Akhirnya Dedah Gambar Anak Kedua HaderMateen
Next article“Tak payahlah, Haqiem ha kau kang,” – Gara-Gara Hal Ini Isteri Haqiem Dikec4m?
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here