Nampaknya sebilangan penonton tidak begitu gembira semasa perfomance Westlife ‘The Wild Dreams’ yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil di KL pada Khamis dan Jumaat malam.
Video tular menunjukkan penonton merungut akan penyediaan tempat duduk VIP yang disediakan semasa konsert. Deretan demi deretan kerusi plastik “murah” yang diletakkan di hadapan pentas.
Baca juga : Konsert Radja Bakal Gegarkan Larkin 11 Mac Ini
Baca juga : “Konsert Paling Best, Terimbau Kenangan Zaman Kecik-kecik Dulu. Syok Betul Dengar Tomok Nyanyi..” – Netizen
Orang ramai membandingkan kerusi plastik dengan apa yang biasa mereka lihat ketika di kenduri atau mana-mana jamuan, perayaan atau acara awam biasa Malaysia.
Lihat video di bawah :
@razzmann12
Kritikan juga dilemparkan penganjur, tetapi peminat bersetuju bahawa kumpulan band Westlufe telah membuat persembahan yang menakjubkan.
Sememangnya, orang ramai agak terkilan, dengan harga tiket yang bermula dari RM294 hingga RM884. Tetapi, layanan yang sebegitu mereka dapat.
Lihat apa kata warganet :
Tetapi, ada juga yang mengatakan itu adalah perkara biasa dalam sesuatu acara konsert.
Ada juga yang bersetuju bahawa adalah perkara biasa bagi konsert untuk menyediakan susunan tempat duduk yang serupa untuk penonton dan orang ramai react secara berlebihan.
Sumber : Tiktok