Home Isu Semasa Pengantin hanya 4 hari, ziarah keluarga momen terakhir bersama… peluk cium ibu...

Pengantin hanya 4 hari, ziarah keluarga momen terakhir bersama… peluk cium ibu berkali-kali, isteri ditanya soalan pel!k petanda nak ‘pergi’

147
0

SIAPA sangka, perkahwinan yang dibina pasangan ini hanya sempat bertahan beberapa hari sahaja.

Takdir Allah, aj4l memisahkan pengantin baharu ini apabila si suami me.ning.gal dunia aki.bat kema.lan.gan jalan raya, empat hari selepas diijabka.bulkan bersama pa.san.gannya.

Masih diselubungi perasaan sedih, Norainsya Mohd Suhaimi tidak keberatan ketika berkongsi detik-detik terakhir sebelum suaminya, Wan Ahmad Haziq, 25, dijemput ajal pada 29 November baru-baru ini.

Senang disapa sebagai Ainsya, wanita ini berkata ketika kejadian, dia dan suami dalam perjalanan dari rumah neneknya di Bachok, Kelantan menuju ke rumah ibu bapanya yang terletak di Jeli.

“Dalam perjalanan semuanya okay, suami tak mengantuk dan saya pun sedar. Namun semuanya berlaku dengan pantas. Sedar-sedar dah bertembung dengan sebuah kenderaan lain.

“Selepas kema.lan.gan pun saya masih sedar. Saya tengok suami dan tak tahu nak buat apa sebab ter.kejut sangat. Saya cuba kejutkan dia tapi tak ada res.pon. Kemudian orang datang tolong kami.

“Lepas keluar daripada kereta, saya cuba kuatkan diri hubungi keluarga sendiri dan keluarga mentua untuk beritahu apa yang berlaku. Sementara tunggu ambulans, saya hanya mampu memanggil ‘abang’ berkali-kali.

pengantin 1

Pasangan ini diijabkabulkan pada 26 November lalu.

“Tak ada apa yang saya fikirkan… yang terlintas di kepala, saya nak dia selamat. Saya sendiri harap kece.dera.annya tak se.rius tapi dah aj.al dia,” cerita Ainsya kepada mStar sambil menambah, mereka kemalangan berhampiran Tanah Merah.

Wanita berusia 22 tahun ini berkata, suaminya me.ning.gal dunia kerana kece.de.raan organ dalaman selain tulang ru.suk pa.tah, manakala dia sendiri menga.lami ke.ce.de.raan pada bahagian wajah di mana tulang pipinya retak dan luka luaran.

“Masa doktor sahkan dia me.ning.gal dunia di hos.pital, gelap dan kosong dunia ni. Kami baru berkahwin dan ini du.gaan yang bukan calang-calang buat saya.

pengantin 2

Ainsya sempat menikmati saat indah hanya selama empat hari sebagai isteri Allahyarham Wan Ahmad Haziq.

“Dalam keadaan yang sa.kit, saya minta dekat dok.tor… saya beritahu nak pulang dan iringi jenazah. Doktor benarkan sebab ke.ce.de.raan saya agak ringan.

“Namun selepas jena.zah dike.bum.ikan, saya berasa sa.kit dan dimasukkan ke hos.pital semula kerana ada kece.deraan pada limpa. Saya dirawat selama empat malam,” katanya yang menjalankan bisnes koko jar secara kecil-kecilan.

Dalam keadaan yang sa.kit, saya minta dekat doktor… saya beritahu nak pulang dan iringi jena.zah.

NORAINSYA MOHD SUHAIMI

Lebih seminggu berlalu, Ainsya men.ga.kui dia masih berse.dih kerana segala-galanya berlaku begitu pantas, namun dia memilih untuk reda dengan ketentuan Allah.

“Bila diimbas kembali, ar.wah sebenarnya bersikap berlainan sedikit sebelum meninggal dunia. Dua hari sebelum kejadian, arwah tanya saya, kalau dia tak ada, saya cari lain tak? Tiba-tiba saja dia tanya.

pengantin 3

Allahyarham sangat istimewa di mata Ainsya.

“Saya tanya semula, kenapa cakap macam tu. Dia kata saja nak tahu isi hati saya. Saya jawab ‘saya tak nak hilang abang, dan akan setia dengan abang’. Pada hari kejadian, ar.3wah cium mak dia berkali-kali, nampak happy sangat. Kita tak tahu pun itu petanda dia nak pergi.

“Dia terlalu baik dan istimewa di mata saya, pandai ambil hati orang tua, taat kepada orang tua. Saya harap saya bertemu dia di syurga nanti.

“Dalam situasi ni, keluarga dan rakan-rakan yang banyak berikan kata-kata semangat. Begitu juga followers dekat TikTok. Saya sendiri tak sangka jadi viral. Apapun, saya nak ucapkan terima kasih atas kata semangat dan doakan arwah suami saya,” ujarnya lagi.

Sumber: mStar

Previous articleAshira Aziz Semakin Selesa Bertudung, Sudi Menerima Pelbagai Tawaran
Next article“Hebat Hari Ke 8 Pantang Kasut Bertumit Tinggi.” Ramai Puji Wawa Zainal Sebagai Wanita Kuat
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here