Home Hiburan Ashira Aziz Semakin Selesa Bertudung, Sudi Menerima Pelbagai Tawaran

Ashira Aziz Semakin Selesa Bertudung, Sudi Menerima Pelbagai Tawaran

222
0

Mekar dengan lagu hits Di Ombak Resah, Ashira Aziz,36 kini sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang sudi menerbitkan single terbaharu buat dirinya.

Sudi Terima Pelbagai Tawaran 

Screenshot 2021 12 09 at 9.12.01 AM

Menurut bekas finalis bintang Gegar Vaganza Tujuh (GV7) ini, selain tawaran rakaman lagu dia juga mengalu-alukan undangan nyanyian atau yang berkaitan bagi meneruskan kelansungan hidup sebagai anak seni.

“Saya tidak kisah asal kita boleh bekerjasama dan saya bersedia. Kita boleh adakan perbincangan.

“Saya juga bersedia menerima apa saja undangan nyanyian atau persembahan serta program dalam usaha mencari rezeki,” kata pemilik nama lengkap Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz ini

Semakin Selesa Berhijab

Screenshot 2021 12 09 at 9.13.36 AM

Dalam perkembangan berkai.tan, Ashira yang kini manis ber.hi.jab akui semakin selesa dan tenang imej ter.baru.nya itu.  Malah, dia juga tidak menolak sekiranya mendapat tawaran untuk berlakon yang bersesuaian dengan dirinya.

“Alhamdulillah semakin se.rasi dan doakan saya terus menjadi lebih baik dari hari ke hari,” katanya lagi.

Ashira ditemui Murai.my  ketika konsert mingguan GV8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Sekadar info, Ashira telah mendirikan rumahtangga bersama Bad Indigo yang juga peserta GV7 pada 11 Mac lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, Ashira mempunyai  seorang anak, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, manakala Bad pula memiliki dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11.

Sumber: Muraimy

Previous articleBuat Sambutan Hari Jadi Untuk Uwais, Sekali Ini Yang Netizen Doakan- “Cik B Setuju Kot”
Next articlePengantin hanya 4 hari, ziarah keluarga momen terakhir bersama… peluk cium ibu berkali-kali, isteri ditanya soalan pel!k petanda nak ‘pergi’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here