Home Viral Pemuda Mahu Keadilan Dipecat Sebab MC Tak Maklumkan Bos… Beri Alasan Pekerja...

Pemuda Mahu Keadilan Dipecat Sebab MC Tak Maklumkan Bos… Beri Alasan Pekerja Baru, Tidak Simpan Nombor Telefon Sesiapa

58
0

SIKAP dan tingkah laku generasi Z ketika menyelesaikan masalah mahupun berdepan situasi sulit sering menjadi perhatian masyarakat.

Terkini, viral satu posting seorang pengguna Facebook bernama Aiman yang mendapat kecaman hebat gara-gara mengajukan pertanyaan di sebuah grup platform media sosial tersebut.

Rata-rata netizen menganggap dirinya kurang cerdik berdasarkan situasi yang diceritakan, serta pertanyaan mengenai tuntutan yang boleh dibuat kerana penamatan kerja serta-merta.

“Saya baru kerja bermula 4 Jun. 19 dan 20 Jun saya MC (medical leave). 21 Jun saya datang, baru masuk pejabat tiba-tiba kena panggil dengan HR (bahagian sumber manusia)…”

“Dia tanya kenapa tak maklumkan nak MC, saya jawab sebab tiada nombor sesiapa pun… nombor syarikat, pejabat atau HR tiada untuk maklum…”

“Kemudian dia (HR) tanya tak boleh datang pejabat untuk maklumkan? Saya diam. Tiba-tiba dia bagi surat suruh isi dan tandatangan…”

Menyangka surat tersebut berkaitan cuti tanpa gaji, dia terkejut apabila diberitahu bahwa dia telah diberhentikan dan diarahkan untuk pulang ke rumah.

Menurut anak muda ini lagi, majikan mengambil tindakan tersebut kerana dia tidak memaklumkan cuti sakit kepada pihak syarikat.

“Dia (HR) cakap terminate sebab tak maklum MC, saya perlu datang semula pada 7 Julai untuk ambil gaji dalam bentuk cek…”

Susulan daripada itu, dia mengajukan soalan tentang kelayakan untuk mendapatkan Skim Insurans Pekerja (SIP).

“Masa temuduga dia kata caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Perkeso dapat selepas menjadi staf…”

“Tapi kalau ikut undang-undang, KWSP dan Perkeso SIP wajib dari hari pertama walaupun masih percubaan?”

Meskipun terdapat beberapa individu yang menjawab pertanyaannya, kebanyakan pengguna internet mengkritik dirinya kerana tidak bertanggungjawab dalam pekerjaan, meskipun dalam tempoh percubaan.

Sumber: Facebook

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Dahla Tak Handsome, Muka Macam Ga*Boy…” – 2 Jurujual Kereta Jenama Terkena Kantoi Hina Pekerja
Next article“Hidup Untuk Siapa, Suami Atau Anak?..” – Rita Rudaini Dedah Bella Astillah Datang Berjumpa Minta Nasihat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here