Pelakon jelita, Fasha Sandha ada ditanyakan peminat prihatin mengenai kehidupannya yang kini bergelar isteri dan ibu kepada tiga orang anak di samping turut aktif berlakon.
2 minggu lalu
Anak Nora Danish Hadir Di Majlis Hari Jadi Raysha Jemyma, Netizen Puji Sikap Toleransi Fasha Sandha
Mengakui gaya hidupnya yang bekerja tanpa henti dan sentiasa sibuk di set penggambaran, Fasha menjelaskan bahawa kedua-duanya (anak dan kerjaya) sama penting buat dirinya.
View this post on Instagram
Dia ditanyakan soalan itu oleh seorang peminat menerusi segmen ‘Ask Me Question’ di Instagram Story miliknya, semalam.
Pelakon drama Scammer ini turut berkata bahawa dia sangat suka bekerja meskipun sedar anak-anaknya semakin membesar terutama anak bongsunya Aisya Amaira yang kini berusia setahun tiga bulan.
Saya suka berlakon. Itu adalah minat dan hidup saya. Tak kisahlah berapa orang anak dan badan tak sekecil umur 18 tahun dahulu.
Ujarnya lagi, apa yang penting adalah selagi mempunyai minat dan tenaga, dia akan terus berkarya dan mencungkil ilmu dalam bidang lakonan.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut menjadikan rakan-rakan pelakon seperti aktres senior Fauziah Nawi dan juga Nabila Huda sebagai mentor dan inspirasi dalam dunia seni.
“Fauziah Nawi dan Nabila Huda adalah sumber inspirasi saya. Semoga saya tetap kuat untuk berkarya seperti mereka.” katanya lagi.
Sekadar info, Fasha Sandha memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayfal Ramli,8, Putri Raysha Jemima,7, dan Aisya Amaira merupakan anak daripada perkongsian hidupnya bersama Aidil Aziz.
Sumber:https://beautifulnara.com/