Home Isu Semasa “Jangan Berk3cil Hati, Tiada Majlis Pun” – Kembali Bergelar Isteri, Jasmin Hamid...

“Jangan Berk3cil Hati, Tiada Majlis Pun” – Kembali Bergelar Isteri, Jasmin Hamid Selamat Bernikah

130
0

Tanpa sebarang ‘hint’ atau bayang menyulam cinta, pelakon senior Jasmin Hamid selamat menamatkan zaman solonya apabila melangsungkan majlis pernikahan hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.

“Salam Jumaat, syukur alhamdulillah. Bercinta dengan orang lain, nikah dengan orang lain.

“Sebagai seorang hamba-Nya yang beriman, wajib percaya bahawa jodoh, maut dan rezeki adalah rahsia Allah,” katanya.

Menurutnya, dia juga berharap agar perkahwinan ini adalah satu jalan untuk dia dan suami mendekatkan diri dengan Allah SWT.

“Ia juga adalah berkat doa ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai yang menyokong saya di mana kalian sentiasa doakan yang baik-baik buat saya.

“Saya hanya buat yang afdhal sahaja. Janganlah ada yang b3rkecil hati.

“Tiada majlis pun, hanya ahli keluarga sahaja,” katanya.

Susulan daripada posting itu, peminat serta rakan artis turut mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pengantin baru berkenaan.

Antara yang kelihatan termasuklah Erra Fazira, Almy Nadia, Anita Baharom dan ramai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Untuk rekod, Jasmin mempunyai seorang anak lelaki berusia 20 tahun bernama Ian Haziq yang merupakan hasil perkahwinan terdahulunya bersama bekas suami.

Pelakon itu juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Lukhman Hakim dan Rohana yang dijaga sejak kecil.

Sumber:GEMPAK

Previous article“Nombor telefon pulak tak lengkap” – (video) Nma Pnerima Brang ‘Power Ranger’ Buat Rider Pning.
Next article“Peminat Tanya Tak Penat Ke Berlakon Anak Dah Tiga” – Skli Ini Jwapan Fasha Sandha.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here