Home Hiburan One Forteen Akui Ambil Steroid Untuk Buat Badan, Sudah Lali Dapat Gambar...

One Forteen Akui Ambil Steroid Untuk Buat Badan, Sudah Lali Dapat Gambar Kemaluan Peminat Lelaki

341
0

Kumpulan Forteen menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Kumpulan tersebut menjadi kegilaan ramai dek kerana ahli kumpulannya yang hensem-hensem belaka serta lagu-lagu mereka yang begitu catchy.

for

Nama One Forteen sudah lama menyepi, hal ini keran dia tidak aktif lagi dalam dunia seni. Sekarang dia bergiat aktif menguruskan Spa lelaki yang diusahakannya sejak 7 tahun lalu.

Alang-alang dapat berjumpa One Forteen yang mempunyai badan begitu sasa, pihak Oh Bulan bertanyakan tentang persoalan yang menjadi bualan netizen iaitu adakah dia mengambil steroid bagi mendapatkan badan besar sebegitu.

porten

“Saya rasa tak perlu nak sembunyi kalau kita ambil steroid atau apa pun. Itu hal masing-masing asalkan jaga badan dan kondist-dalam badan. Kalau ambil steroid dan tak jaga keadaan badan pun tiada guna. Dalaman kena jaga. Saya ambil multivitamin dan suplemen yang bagus untuk badan..
Buat apa saya nak menafikan. Penjagaan kena jaga. Jangan ambil kosong. Kena ada suplemen untuk hati, tulang dan semua. Saya ada jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Bukan main ambil je. Kita kena tahu apa kebaikan dan keburukannya. Sebab itu adalah risiko dan ianya terpulang kepada individu masing-masing..”

tent

Bertanya tentang netizen yang menghantar gambar pelik-pelik. One akui yang dia sudah lali dan tidak mahu mengambil kisah tentang perkara itu.

“Korang sendiri nampak yang komen nakal pasti ada di hantaran saya. Dah berapa tahun macam ini. Saya jenis masuk telinga kanan dan keluar kiri. Saya dah lall. Ada yang keterlaluan sehingga hantar gambar kemaluan mereka.
Tetapi saya bukan jenis kejam nak repost balik. Itu privasi mereka dan tak akan saya nak buka aib orang. Saya mash lagi bersabar. Cara yang paling baik yang saya buat ialah jangan balas mesej (DM) dan layan mereka..”

Previous articleEnggan Mengambil Anak Angkat Kerana Tak Sama, sekali Achey ‘Sound’ Abang Tesla Mengenai Anak Angkat
Next articleSophia Albarakbah Sudah Putus Dengan Mr Doktor? Tapi Mr Doktor Masih Simpan Gambar Bersama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here