Seorang nelayan dari Russia yang dikenali sebagai Roman Fedortsov memang dikenali ramai kerana sering berkongsikan hasil tangkapannya yang pelik-pelik di media sosial. Jika anda masih ingat, sebelum ini Roman Fedortsov pernah menemui sejenis ikan yang sangat aneh yang dipanggil ‘ikan frankenstein’ yang berasal dari laut dalam. Roman menggunakan pukat tunda komersial untuk menangkap hasil laut dan kadangkala pukatnya mencecah kedalaman sehingga 3000 kaki bawah laut.
Baru-baru ini, Roman sekali lagi mencuri perhatian apabila dia telah menemui sejenis makhluk laut aneh yang mempunyai rupa seakan anak naga. Berkongsikan gambar ‘anak naga’ itu di media sosial, rata-rata netizen membuat pelbagai spekulasi mengenai apakah sebenarnya makhluk berkenaan.
Namun begitu, spesies makhluk tersebut telahpun berjaya dikenalpasti dan ianya adalah chimaera atau ghost shark. Selain itu, Roman juga turut menemui satu spesies makhluk pelik yang kelihatan mirip dengan donut dan burger keju yang turut mencuri perhatian orang ramai.
Baca Juga: Penduduk Gempar Dengan Kemunculan Fenomena Awan Tebal Aneh Seakan Gelang Bercahaya Di Kaki Langit
Baca Juga: “Bertenang Netizen…” – Peguam Siti Bainun Bersuara Mengenai Tinggalkan Siti Bainun
Seorang netizen meluahkan rasa terkejutnya apabila mengetahui benda itu adalah makhluk laut kerana pada mulanya dia menganggap itu sandwich ayam yang baru dimakan. Sememangnya dunia lautan menyimpan banyak misteri dan hidupan yang masih belum diketahui oleh manusia, apatah lagi kawasan laut dalam yang beribu meter bawah laut adalah sangat gelap.
Oleh itu, kita pasti akan mendengar atau membaca mengenai penemuan makhluk-makhluk laut yang baru diketahui atau ditemui oleh manusia dari semasa ke semasa. Sebelum ini Roman pernah mengejutkan ramai apabila menemui sejenis ikan yang sangat peli yang digelar ikan ‘frankenstein’.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Nang