Home Hiburan “Neelofa, wanita yang baik hati,”- Luahan Haris Ismail Tarik Perhatian Netizen

[VIDEO] “Neelofa, wanita yang baik hati,”- Luahan Haris Ismail Tarik Perhatian Netizen

365
0

HARI ini genap setahu usia mahligai perkahwinan yang dibina selebriti Noor Neelofa dan suaminya, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz.

Berkongsi luahan, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail,28, meluahkan rasa syukur kerana diberikan rezeki untuk menjadikan Neelofa yang disifatkan sebagai wanita baik hati sebagai isterinya.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Dikurniakan seorang isteri yang baik hatinya.

“Banyak lagi yang hendak ditulis tetapi tidak mengapa, saya titipkan dalam doaku,” tulisnya dalam hantaran di Instagram miliknya.

Malah, PU Riz turut berharap pernikahan yang dibina atas dasar cinta itu berkekalan hingga akhir hayat.

“Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredai-Nya.

“Sekali lagi, Alhamdulillah ya Allah,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Sementara itu menerusi hantaran lain di Instagram Neelofa pula, 33, dia berdoa agar rumah tangga mereka sentias diberkati oleh Allah.

“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubunga ini dalam kebaikan selama-lamanya.

“Selamat ulang tahun perkahwinan, suamiku,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Untuk rekod, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Sehingga kini, pasangan itu masih belum berkongsi wajah cahaya mata sulung mereka kepada umum kerana bimbang terkena penyakit ain.

Sumber: utusantv

Previous article“Dahla cantik, suara sedap pulak..”- Elica Juara Big Stage 2022, Ini Hadiah Dibawa Pulang Elica Paujin
Next articleMula Bertudung, Nelydia Senrose Akui Bimbang Hati Berbolak Balik
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here