Home Hiburan “Dahla cantik, suara sedap pulak..”- Elica Juara Big Stage 2022, Ini Hadiah...

“Dahla cantik, suara sedap pulak..”- Elica Juara Big Stage 2022, Ini Hadiah Dibawa Pulang Elica Paujin

265
0

Dikatakan sebagai persaingan sengit di antara 3 peserta finalis, Elica Paujin menarik perhatian ramai dengan memberikan persembahan terbaik sekaligus muncul sebagai juara Big Stage 2022.

Tewas.kan 4 Peserta Lain 

Pengumuman juara tersebut telah dibuat oleh pengacara Big Stage, Alif Satar dan Sherry Al-Hadad secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Elica yang menewaskan saingan terdekatnya menerusi dua buah lagu iaitu Cinta nyanyian asal Marsha Milan,  dan duet bersama Hael Husaini membawakan lagu Believer, berjaya membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Sementara itu, Danial Chuer yang memenangi tempat kedua menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,00 beserta trofi, tempat ketiga yang disandang oleh Aisha Retno membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 beserta trofi. Bagi Yazmin Aziz dan Tegar Septian masing-masing di tempat keempat dan kelima tidak pulang dengan tangan kosong kerana turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

‘Finale’ Big Stage 2022 telah diadili oleh dua juri tetap terdiri daripada Dato Sri Siti Nurhaliza dan Ajai serta juri juara, Aliff Aziz. Manakala, penyanyi bersuara emas yang turut membuat persembahan bersama Siti, Aina Abdul  dijemput menjadi juri jemputan.

Selain itu, Dato Sri Vida yang menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Netizen telah ditemani oleh Elly Mazlein sebagai Juri Pedas.

Markah Penuh Peringkat Akhir Big Stage 2022

  1. Elica Pauji – 78.93%
  2. Danial Chuer – 72.62%
  3. Aisha Retno – 71.04%
  4. Yazmin – 59.35%
  5. Tegar Septian – 59.13%

*lagi gambar akan dikemaskini

Sumber: Muraimy

Previous article“Btw suara dia best” – [VIDEO] Ramai Terkejut Tak Disangka-Sangka ,Sherry Ibrahim Di Sebalik ‘Si Merak’.
Next article[VIDEO] “Neelofa, wanita yang baik hati,”- Luahan Haris Ismail Tarik Perhatian Netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here