Home Hiburan Mula Bertudung, Nelydia Senrose Akui Bimbang Hati Berbolak Balik

Mula Bertudung, Nelydia Senrose Akui Bimbang Hati Berbolak Balik

214
0

Sejak bulan lalu perkongsian pelakon Nelydia Senrose menjadi perhatian apabila dilihat tampil berhijab, Tidak mengumumkan mengenai perkara itu, Neldyia  berkata dia tidak mahu imejnya menjadi perhatian ramai.

Mula bertudung sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah pada Disember lalu, Nelydia berkata dia dalam proses belajar dan istiqamah

Screenshot 2022 03 28T101658.136

“Saya sebenarnya tak berani nak ulas sangat perkara ini kerana saya sebenarnya masih dalam proses pembelajaran. Saya nak jalani proses penghijrahan ini perlahan-lahan tapi pasti. Memang saya nak ke arah itu. Saya cuma tak berani cakap lebih.

“Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Nelydia berkata dia mahu menjadi muslimah lebih baik namun mengakui bimbang jika hatinya berbolak balik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose


“Saya akui bimbang sekiranya hati berbolak-balik. Apapun saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.

“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.

“Hari ini okey, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose


Tambah Nelydia lagi, keputusannya untuk bertudung tidak menjejaskan kerjaya seninya, malah dia sudah mendapat beberapa tawaran berlakon.

Sumber: https://www.rotikaya.com/

Previous article[VIDEO] “Neelofa, wanita yang baik hati,”- Luahan Haris Ismail Tarik Perhatian Netizen
Next article“Alamak, kantoi sangat ni” – Live Ku Ikhlaskan DSV Di Big Stage Rupanya Miming?
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here