Kanak-kanak tidak lari dari sifatnya yang suka bermain. Kalau ada masa terluang saja, sudah pasti mereka akan isikan waktu tersebut dengan bermain bersama rakan-rakan dan juga adik-beradik nya.
Pun begitu, ramai yang lebih suka anak mereka bermain aktiviti di luar rumah berbanding dengan bermain dengan gadjet. Bak kata mereka, sekurang-kurangnya mereka mempunyai “childhood memories”.
Ada dimuat naik video melalui instagram xtra_my yang menunjukkan video 3 orang beradik yang pulang ke rumah sambil dibebel oleh ibu mereka.
Lihat video di bawah :
@xtra_my Korang memang TERBAIK dik! 🤣😭 #fyp #xtramy #budaklelaki #tangkap #ikan #lumpur #mandi #viral #beritaditiktok
Ingatkan siaplah yang bukan hitam legam tu, rupanya tiga orang budak lelaki yang sangat gembira pulang ke rumah membawa hasil habuan nya pergi menangkap ikan.
Baca juga : Anak Letak Minyak Cap Kapak Dalam Akuarium, Habis Ikan Kelisa Harga Beribu Mat1
Baca juga : Anak Letak Minyak Cap Kapak Dalam Akuarium, Habis Ikan Kelisa Harga Beribu Mat1
Nasib baiklah banyak habuan yang dibawa balik, penuh satu bakul. Tak jadi si ibu nya nak marah. Tetapi moment tersebut sangat melucukan.
Warganet semuanya terhibur dengan aksi anak-beranak tersebut. Tetapi, bak kata mereka, sekurang-kurangnya mereka ada memori sewaktu kecil, buat aktiviti outdoor lagi seronok berbanding dengan bermain gadjet sepanjang masa.
Lihat apa kata warganet :
Sumber : Tiktok