Home Uncategorized “Nanti Saya Rampas Laki Makcik..” – Terima Ugutan Di Whatsapp, Ibu Cupcake...

“Nanti Saya Rampas Laki Makcik..” – Terima Ugutan Di Whatsapp, Ibu Cupcake Aisyah Buat Laporan Polis

161
0

Heboh di laman sosial apabila dua pempengaruh muda, Cupcake Aisyah dan Leona mempunyai kontroversi di mana Cupcake Aisyah ‘Merampas’ bekas kekasih Leona. Rata-rata peminat mengecam dan mengeji tindakannya yang seolah-olah mengkhianati rakan karib sendiri.

Meskipun sudah tampil membuka mulut dan menafikan segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, pempengaruh Cupcake Aisyah dan keluarga masih tidak boleh ‘lari’ daripada menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Lebih teruk, ibunya iaitu Sue Razip menerima satu kiriman Whatsapp berbaur ugutan daripada individu yang tidak dikenali.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di Instagram, Sue memberitahu dia mendapat kiriman Whatsapp daripada individu yang tidak dikenali. Individu tersebut memberi teguran buatnya agar tidak pertahankan anak sendiri. Bukan itu sahaja, individu tersebut turut memintanya untuk berfikir bagaimana perasaan sekiranya suami sendiri pula yang dirampas

IMG 7751

Berikutan daripada itu, Sue dilihat memuat naik sekeping foto berada di hadapan balai polis. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini dipercayai membuat laporan polis susulan menerima pelbagai ugutan, kecaman dan komen berbaur fitnah. Di samping itu, Sue dipercayai ingin mencari peguam yang bagus untuk menyelesaikan kes fitnah yang sedang menimpa keluarganya.

IMG 7760

Terdahulu, Aisyah didakwa telah merampas bekas teman lelaki kepada seorang lagi pempengaruh terkenal yang juga merupakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, iaitu Kasih Iris Leona.

Previous article“Nanti Laki Makcik Saya Rampas Pulak Nanti…” – Ibu Cupcake Aisyah Buat Laporan Polis Selepas Diugut
Next article“Saya Mahu Lihat Jika Mereka BERANI Saman Saya, Mereka Tidak Akan Sebab Mereka LOSERS…” – Fathia Latiff

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here