Home Kehidupan Murid Terpaksa Kutip Sisa Makanan Rakannya, Apa Yg Si Ibu Bekalkan Pada...

Murid Terpaksa Kutip Sisa Makanan Rakannya, Apa Yg Si Ibu Bekalkan Pada Murid Ini Buat Ramai Yang Bengang

279
0

Kisah seorag murid terpaksa kutip sisa makanan rakan kerana lapar, mak ayah hanya bekalkan kismis dan kurma setiap hari. Pengambilan makanan seimbang sangat penting agar anak-anak dapat membesar dengan sihat. Setiap ibu bapa sudah pasti mahukan anak mereka mengambil makanan yang sihat dan mampu beri rangsangan kepada otak dengan baik.

Kisah ini diceritakan oleh Aida Puan Squeq di aplikasi Facebook, ini agak menghayat hati sesiapa sahaja yang membacanya. Seorang murid hanya dibekalkan dengan tiga biji kurma dan beberapa biji kismis oleh ibu bapa setiap hari ke sekolah. Akibat terlalu lapar murid tersebut terpaksa mengisi perut dengan mengutip sisa-sisa makanan rakannya.

Baca lagi: Anak Murid Mengaku Disuruh Ibu Dan Teman Lelaki Ibunya, Meminta Sedekah dan Jual Tisu

Baca lagi: “Jeti Roboh Di Sabah Ketika Guru Dan Murid Nak Ke Sekolah”-Moga Allah Balas Jihad Pengorbanan Mereka Semua

sinetronmalaya.com Murid Terpaksa Kutip Sisa Makanan Rakannya Apa Yg Si Ibu Bekalkan Pada Murid Ini Buat Ramai Yang Bengang iii

Aida menulis kapsyen seperti dibawah:

“Dah dua hari saya perhatikan seorang murid tahun dua ini. Hari pertama saya nampak dia kutip lebihan-lebihan makanan kawan-kawan yang ditinggalkan dan dia makan. Semalam dia menangis sambil makanan bekalan dari ibunya, hanya tiga biji kurma dan beberapa biji kismis”

“Saya perhatikan bila dia buka bekal, makan dengan kuantiti yang sikit dan dia terus menangis! Saya cuba hampiri dia, tiba-tiba ustazah yang mengajar di situ menarik tangan saya”

Menurut Aida, beliau diberitahu oleh ustazah di sekolah yang ibu kepada murid itu tidak membenarkan anaknya diberi makanan lain selain daripada bekalan yang diberi dari rumah kepada anaknya.

sinetronmalaya.com Murid Terpaksa Kutip Sisa Makanan Rakannya Apa Yg Si Ibu Bekalkan Pada Murid Ini Buat Ramai Yang Bengang ggg

Malah, duit belanja pun tidak pernah diberi kepada murid tersebut.

“Sebab tu dia antara orang terakhir yang masuk kelas sebab dia akan kutip lebihan yang tinggal di bekas makanan yang kawan-kawan dia beli. Kalau awak bagi nanti mak dia akan marah dan cakap awak mencemari pemakanan anak dia” -Kata ustazah tersebut

Selain itu, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan naik geram dengan sikap ibu bapa kanak-kanak tersebut yang dikatakan kedekut dan pemalas kerana sanggup melihat anak berlapar dengan memberi makan kurma dan kismis sahaja.

sinetronmalaya.com Murid Terpaksa Kutip Sisa Makanan Rakannya Apa Yg Si Ibu Bekalkan Pada Murid Ini Buat Ramai Yang Bengang qqq

Walaubagaimanapun, ada pula segelintir netizen yang merasakan perkongsian itu rekaan semata-mata dan tidak mungkin ada ibu bapa yang sanggup melakukan perkara tersebut kepada anak mereka.

Aida pantas mengangkal dakwaan netizen tersebut dan menjelaskan bahawa pihak sekolah sudahpun mengetahui masalah pelajar tersebut dan memaklumkan kepada ibunya. Namun teguran sekolah dibalas negatif oleh ibu murid itu.

sinetronmalaya.com Murid Terpaksa Kutip Sisa Makanan Rakannya Apa Yg Si Ibu Bekalkan Pada Murid Ini Buat Ramai Yang Bengang sss

Macam-macam hal zaman sekarang ni, walau dah bekal ke sekolah kebanyakkan murid masih lagi diberi wang saku walaupun RM1. Maklumlah, budak-budak tidak mampu menahan melihat makanan-makanan yang dilihat lazat dan sudah tentu teringin untuk merasa.

Kalau tidak mahu anak makan makanan yang tidak berkhasiat sekalipun, didiklah anak tentang makanan itu tidak elok untuk dimakan. Apa pandangan korang mengenai perkara ini?

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous article“Kalau Kejut Sahur Macam Ni, Dengan Jiran-Jiran Sekali Terbangun Ni Hahaha” -Netizen
Next article“Oyen Sehari Kalau Tak Buat Onar Mmg Tak Sah”-Rakaman Kucing Bergaduh Smpi Runtuh Atap
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here