Home Semasa “Motor Mcm Sengaja Mintak Kena Langgar”- Terang2 Dah Lampu Hijau

“Motor Mcm Sengaja Mintak Kena Langgar”- Terang2 Dah Lampu Hijau

247
0

Memandu pada waktu malam memberikan risiko yang besar kepada pengguna jalan raya. Walaupun kita sehabis baik menjadi pemandu yang berhemah ketika memandu pada waktu malam namun masih juga berlakunya kemalangan-kemalangan kecil yang berpunca daripada orang lain yang tidak dapat dielakkan.

Semalam tular di tiktok milik @ejadrazak, di mana rakaman dashcam milik pengguna tiktok tersebut telah merakam kemalangan kereta di hadapannya iaitu kereta jenis Viva. Dalam video tersebut dilihat terdapat berlakunya perlanggaran antara kereta tersebut dengan sebuah motor yang entah datang dari mana. Kereta tersebut didapati tidak bersalah kerana memandu apabila lampu isyarat bertukar ke hijau. Situasi yang gelap tersebut menyukarkan pemandu tersebut untuk menyedari terdapat motor yang datang dari arah sisi kereta tersebut. Maka, terjadinya perlanggaran antara dua buah kenderaan tersebut. Berdasarkan komen dari netizen, kejadian tersebut disyaki berlaku di hadapan IPD Seri Manjung.

“elok latu btl ii dpn IPD seri manjung”

viva2

Lihat klip video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Dapat dilihat juga pemandu kenderaan Viva tersebut adalah seorang perempuan. Perempuan tersebut ada memberi komen di ruangan komen tiktok tersebut. Dia mengucapkan terima kasih kepada pemilik rakaman tersebut kerana telah merakam kemalangan tersebut justeru dapat dijadikan bahan bukti bahawa dia tidak bersalah dalam kemalangan tersebut.

“adoi, tq sbb bagi bukti… saya tuan kete..”

Lihat juga apa kata netizen lain :

@N U R : Bukan ke kete tuu dh lampu hijau asal moto tu mari .. kalut nak p mana lah.

@Sassuke : rasanya keta x salah coz dh lampu hijau, moto tu yg entah dr tepi tiba² lalu dpn keta..

@bb awak : masalahnye moto tu dtg dari arah yg tkde jalan…hahahaha…tetibe mai pancung

@Abang Kelawar Bottleflip : moto datang dari arah gelap,maka gelap masa jatuh

@SIRAP LIMAU : moto tu nk pergi mana??nk pergi ke rumah ayah pin ke???

@MiraFadila : mlm kan bukan nak perasan dah kalau ada moto lintas depan mcm tu adoii

@Mat gents : aku kena mcm ni smlm elok lampu hijau tiba tiba dari mana tah mai moto lintas dpn aku tp mujur aku sempat brek .tp aku yang kena marah ngan wife..

Rata-rata komen mengatakan bahawa perempuan itu tidak bersalah kerana terang-terang lampu isyarat sudah bertukar ke hijau. Malah terdapat juga komen-komen yang berbaur sindiran terhadap motor tersebut.

“kenapa bukan depan Lori je terus bang”

Baca juga : “Laju Betul Motor Tu”- Kemalangan di hadapan Kilang Frecken

Baca juga : Eksiden Paling Comel Abad Ni, Jatuh Motorsikal Macam Main Sunway Lagoon

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Tiktok dan Instagram

Previous articleRamai Teruja Tengok Iqram Dinzly Berjubah Serta Serban Di Majlis Ilmu, Sejuk Hati Memandang
Next articleCubaan Bunuh Diri, Netizen Sebak Dengar Jeritan Mangsa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here