Home Hiburan “Memang ada mulut-mulut pu4ka..” – Giliran Norlia Ghani brsuara isu bayaran pelakon...

“Memang ada mulut-mulut pu4ka..” – Giliran Norlia Ghani brsuara isu bayaran pelakon senior

215
0

MEMANDANGKAN umurnya semakin berusia, pelakon senior Norlia Ghani, 73, tidak pernah ambil ped.uli mengenai kata-kata negatif netizen berka.itan dengan kerjayanya dalam bidang lakonan.

Sebaliknya, dia menganggap komen-komen tersebut menjadi faktor utama dia terus bertahan dalam industri seni.

“Memang ada mulut-mulut pua.ka yang kata sudah tua pun masih tergedik-gedik lagi.

“Kalau dengar cakap orang boleh jatuhkan semangat, ibarat mereka yang tentukan hidup saya. Saya tak pernah ambil pe.duli dengan semua itu.

noliaghani233 1611116440

“Sekarang ini saya hanya mahu cari rezeki. Tuhan beri saya kebolehan berlakon, apa salahnya untuk terus melibatkan diri dalam dunia seni,” katanya memetik laporan mStar.

Dalam pada itu, Norlia yang mula berlakon sejak 1968 meluahkan kekecewaan apabila bayaran yang diberikan pihak produksi tidak sepadan dengan hasil kerjanya.

Malah, waktu bekerja semasa penggambaraan turut menjadi faktor yang perlu dititikberatkan apabila menerima sesuatu tawaran.

“Dahulu kami bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam. Sekarang ini kalau boleh bermula pagi hingga pagi esoknya. Memang tak larat.

“Saya terima tawaran apabila watak bersesuaian dan bayaran setimpal.

WhatsApp Image 2021 01 19 at 2.15.48 PM e1611037741811

“Ada yang memberi tawaran tetapi bayaran sedikit kerana mereka anggap pelakon lama seperti saya akan terima sahaja disebabkan tiada kerja lain.

“Disebabkan mereka yang ikut permintaan hero dan heroin, bayaran pelakon lain dikurangkan. Kita sama-sama pelakon, bukan saya datang hanya duduk di lokasi,” ujarnya.

Jelas pelakon kelahiran Selangor ini, luahannya itu bukan disebabkan dia terlalu memilih sebaliknya bayaran produksi perlu setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh pelakon.

“Bukan saya ‘demanding’, tetapi perlulah berpatutan. Jika kerja tidak ikhlas, nanti tak menjadi hasilnya,” akhirinya.

SUMBER : mStar. utusantv

Previous article“Alaa..,Gaya Tacood Pun Comell” – [VIDEO] Telatah Tokti Menyakat Tarik Perhatian Ramai.
Next article“Doa selamat utk ank solehah” – Kek & Kasut Pink, Netizen Teruja Ernie Zakri & Syamel Bakal Sambut Baby Girl
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here