Home Hiburan “Doa selamat utk ank solehah” – Kek & Kasut Pink, Netizen Teruja...

“Doa selamat utk ank solehah” – Kek & Kasut Pink, Netizen Teruja Ernie Zakri & Syamel Bakal Sambut Baby Girl

265
0

Penyanyi Ernie Zakri meluahkan rasa syukur selepas dapat menyempurnakan majlis doa selamat untuk dirinya yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

Menurut Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, dia tidak menyangka majlis tersebut turut disertakan dengan baby shower untuk kandunganya yang kini memasuki 8 bulan.

Menerusi laman sosial Instagram, Ernie memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis doa selamat dan baby shower tersebut untuk tatapan umum.

Istimewanya lagi, pasangan tersebut turut diraikan dengan kek dua tingkat berwarna merah jambu dengan kasut budak diatasnya seperti menandakan ia adalah bayi perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

“Syukur alhamdulillah. Berkesempatan untuk buat doa selamat for anak solehah. Tak sangka ada sekali baby shower untuk kita.

“Terima kasih shurami surprise kan kita, rasa macam birthday pula. Sweet sangat lah pula BangMel ni,” ujar Ernie di ruangak kapsyen.

Malah, dia turut memohon orang ramai untuk mendoakan proses kelahiran kelak berjalan dengan selamat dan lancar.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Ernie yang kelihatan cukup sarat.

Tidak kurang juga ada wargamaya yang teruja melihat Ernie berkongsi tentang ‘anak solehah’ kerana ramai yang meneka pasangan itu bakal menyambut kehadiran bayi perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

“Aaaaa baby girl, comelnyaaaa,” komen seorang wargamaya.

“Solehah means baby girl yaaa,” kata seorang wargamaya.

“Yeay! Dah agak dah baby girl,” ujar seorang wargamaya.

“Kan betul baby girl. Semoga dipermudahkan semuanya,” doa seorang wargamaya.

“Wahh baby girl,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sumber: IG ErniZakri

Previous article“Memang ada mulut-mulut pu4ka..” – Giliran Norlia Ghani brsuara isu bayaran pelakon senior
Next articleKru Produksi GV8 Dedah Rutin Aliff Aziz Imamkan Solat Jemaah – “Juara Di Dunia & Akhirat Insyallah..”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here