Home Isu Semasa Mayat Seorang Makcik Hilang 3 Hari Ditemukan Dlm Perut UIar Sawa

Mayat Seorang Makcik Hilang 3 Hari Ditemukan Dlm Perut UIar Sawa

256
0

Seorang wanita yang dilaporkan hilang oleh penduduk kampung ditemukan tidak bernyawa di dalam perut seekor ular sawa sepanjang enam meter di Tanjung Jabung Barat, Jambi, Indonesia.

Wanita itu yang dikenali sebagai Zahara, 52, dilaporkan hilang sejak kelmarin, menyebabkan penduduk setempat melakukan operasi pencarian di pelbagai kawasan termasuk hutan berhampiran.

Baca Juga: Bini Orang Dicekup, Konon Jumpa Bomoh Selesai Hal Rumah Tangga. Sekali Terbongkar Cerita Sebenar

Disangka telan kambing

Menurut seorang penduduk kampung, ketika operasi pencarian dilakukan, mereka menemukan seekor ular sawa yang ‘kekenyangan’ dan pada mulanya hanya menyangka haiwan itu mungkin menelan kambing.

321

” Kerana curiga dengan perut ular yang besar, penduduk kampung membelah ular sawa itu dan kami terkejut apabila menemukan Zahara.

” Kami tidak menyangka wanita itu hilang kerana ditelan ular sawa,” kata penduduk yang dikenali sebagai Birin.

Penduduk setempat memaklumkan, mangsa bekerja sebagai penoreh getah dan kejadian itu dipercayai berlaku ketika dia keluar menoreh pada awal pagi.

Insiden itu kemudiannya dilaporkan kepada pihak berkuasa dan jnazah Zahara dikebvmikan oleh keluarganya.

Kompas melaporkan, kira-kira 300 penduduk mencari Zahara di kebun getah berkenaan.

Tetapi, pada mulanya, penduduk tidak menemui sebarang kesan untuk menunjukkan lokasi wanita berkenaan.

Keesokan paginya iaitu kira-kira 9 pagi semalam, penduduk menemui seekor ular sepanjang enam meter.

” Ular itu berjaya ditangkap dan kemudian dibunvh penduduk. Mengesyaki perut (haiwan itu) besar, ia dibedah. Di (dalamnya), kami menemui mayat Zahara,” kata Birin.

Beliau berkata, keadaan penduduk kampung kini tegang.

432

Puncanya, ular yang ditangkap oleh penduduk adalah betina.

” Ular ini adalah betina kerana bentuknya yang pendek tapi besar.
” Seminggu lalu, ada penduduk yang menangkap ular yang lebih panjang iaitu kira-kira lapan meter tetapi ia terlepas kerana (saiznya yang) besar. kata Birin.

Kini, penduduk kampung risau untuk berada di kawasan hutan kerana dipercayai ada ular yang lebih besar.

Penduduk percaya ular besar itu juga menelan dua ekor kambing milik penduduk.

Sumber:hmetr0 dan utusan

Previous articleBini Orang Dicekup, Konon Jumpa Bomoh Selesai Hal Rumah Tangga. Sekali Terbongkar Cerita Sebenar
Next article“Bila hati sayang, kita akan takut kehilangan…” – Shuk Sahar sudah rujuk
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here