Kemalangan di LPT banyak terjadi. Kemalangan yang terjadi kadang-kadang berpunca dari diri kita namun ada juga kemalangan yang memang tidak dapat dielakkan seperti bencana alam dan sebagainya.
Baru sahaja semalam tular di tiktok @shnanellhrn yang juga merupakan seorang pereka fesyen terkenal kemalangan di lebuhraya LPT. Pereka fesyen Shanel Harun memaklumkan dirinya terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur pada Sabtu lalu.
Kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu berlaku secara pantas ketika cuaca hujan lebat di kawasan terbabit, difahamkan sesudah Shanel menghadiri majlis pernikahan pelanggannya.
“Pertama sekali, saya nak minta maaf sebab pada 11 Februari lalu, saya terlibat dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawa saya di leburaya LPT.
“Sejujurnya, saya nak jelaskan apa yang berlaku pun saya tak mampu. Time tu hujan lebat sangat dekat LPT, sesaat. In a second, dah terbabas kereta.
Lihat video yang dimuat naik di tiktok :
View this post on Instagram
“Assalammualaikum, salam sejahtera semua. First of all, sy nk mntk maaf. Sbb semalam 11.2.2023, sy terlibat dlm satu kemalangan yg hampir meragut nyawa saya di leburaya LPT. Wallahi, atas nama yg Maha Esa. Yg pertama terlintas bukan kereta. Tapi kerja dan amanah yg ada dkt bahu sy. Pengantin2, customers. Staff2. Ibu dan bapa sy dan anak sy. Sbb ini semua hidup sy. Kalau di tulis butiran perjalanan sy, mungkin kalian lg penat membaca . Back to back tanpa sebarang rehat. 10 tahun sy menjadi designer, belum pernah sy gagal utk hadir bertemu sendiri dan siapkan pengantin. Mahal , murah. Promo atau pakej. Mmg sy sendiri akan jmpe. Itu jiwa sy. Shanell Harun , nyawa sy. Passion sy. Tp sy faham, mungkin ada antara kalian yg tertanya, Mcm mana macam mana.Izinkan sehari dua lagi utk sy mendapatkan full diagnos dr dr pakar. Kemudian sy akan susun dan rancang sebaiknya utk hari perkahwinan kalian. Percaya la, amanah yg kalian bagi disimpan rapi dgn nyawa sy. Selagi sy bernafas, sy akn usaha utk jalankan tanggungjawab sy sehabis baik. Sejujurnya, sy nk jelaskan apa yg berlaku pun sy xmampu. Time tu hujan lebat sgt dkt LPT, sesaat. In a SECOND, da terbabas kereta..”
Lihat juga komen warganet :
Rata-rata komen mendoakan supaya pereka fesyen tersebut diberikan kesembuhan.
Baca juga : 7 Maut Dalam Kemalangan Sebuah Van Di Genting Highland
Baca juga : “Alhamdulillah Nasib Baik Baby Selamat”- Remuk Habis Kereta Akibat Kemalangan
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram