Kata orang, kalau nak pikat suami, ikat perut suami dengan masakan yang disukainya.
Begitu juga isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof, Ira Kazar yang baru-baru ini ada berkongsi sekeping foto menyediakan hidangan Tom Kha Gai.
Untuk pengetahuan semua, Tom Kha Ghai merupakan sup santan ayam yang sangat sedap dan beraroma.
Selain ayam, bahan-bahan wajib yang digunakan untuk menyediakan Tom Kha Gai ialah serai, lengkuas, cili padi, cendawan dan paling utama iaitu santan yang penuh berkrim.
Rasanya pedas, masam dan berkrim itulah yang akan membangkitkan selera semua!
Bahan-Bahan:
300-400gram isi ayam (dipotong kecil)
Bawang merah 3-4 biji
Bawang putih 4 ulas (dikatok)
5cm lengkuas (dihiris)
6 batang cili padi merah (dihiris)
2 batang serai (dipotong serong)
1 biji tomato (dibelah 4)
200ml coconut milk/santan susu
6 helai daun limau purut (dipotong 2)
cendawan (tiram/cendawan butang/etc)
2 sudu besar jus limau@jus lemon
3sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
Daun ketumbar 3 Pokok (dipotong)
1-2 cawan air
1 kiub ayam
Cara Memasak:
1. Sediakan periuk, masukkan air, serai, daun limau purut, bawang merah, bawang putih, dan akar ketumbar. Masak semua bahan selama 6 minit.
2. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan masak seketika. Seterusnya, masukkan tomato, cili padi, dan daun ketumbar.
3. Masukkan pula sos ikan, jus limau atau lemon, kiub ayam, gula, cendawan dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Akhir sekali, masukkan susu santan atau coconut milk. Masak seketika dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Lihat klip di bawah:
@norainibasre88 #norainibasre #binafshasweet #norainibasreshop #irakaza #syamsulyusof #puterisarahliyana #homecooking ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)
Sumber: Instagram, Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]