Home Uncategorized Dihalau keluar rumah, sekali Individu Dakwa Ebit Lew Mungkir Janji pada Keluarga

Dihalau keluar rumah, sekali Individu Dakwa Ebit Lew Mungkir Janji pada Keluarga

263
0

Tiada angin, tiada ribut, nama personaliti media sosial Ebit Lew yang sememangnya cukup sinonim membantu golongan dalam kesusahan kembali menjadi bualan ramai di media sosial.

Pernah janji nak bantu

Ia kembali tercetus selepas seorang individu dikenali Nur Dalisyah Dalisyah membuat hantaran berbentuk luahan dan pandangan mengenai Ebit Lew yang didakwa telah memungkiri janji terhadap keluarganya.

Nur Dalisyah Dalisyah dalam hantaran di Grup B40 Buat Perangai Apa Hari Ini menjelaskan, sebelum ini pendakwah selebriti berkenaan pernah meninggalkan janji bagi membantu keluarganya yang hidup dalam kesusahan dari segi bayaran bulanan dan sewa rumah.

Akan tetapi, semua itu dikatakan sudah ‘sepi’ apabila Nur Dalisyah Dalisyah mengatakan pendakwah berkenaan tidak lagi berbuat demikian sehingga dia sekeluarga dihalau keluar dari rumah sewa.

“Dulu Ebit Lew pernah viralkan keluarga saya yang kami ni orang susah. Ebit Lew telah menyewakan kami sebuah rumah. Disebabkan Ebit Lew sering membayar lambat, kami telah dihalau keluar oleh tuan rumah.

“Ebit Lew juga ada pesan jangan maklumkan kepada tuan rumah yang kami adalah bantuan Ebit. Jadi, bila lambat bayar sewa, tuan rumah akan marah. Jadi, kami takut nak beritahu yang pihak Ebit Lew yang lambat bayar,”luahnya.

Dakwanya lagi, pendakwah berkenaan juga tidak membayar bil elektrik dan air mereka sekeluarga seperti mana pernah berjanji mahu menanggung bayar seumur hidup.

“Ebit Lew pernah berjanji, selagi dia masih hidup, duit sewa rumah dan api dengan air, dia akan tanggung. Sekarang dah jadi lain cerita. Mana janji Ebit Lew kepada keluarga saya dulu?”soalnya.

Tambahnya, mereka sekeluarga kini merempat seperti gelandangan sehingga menjadi bualan jiran-jiran yang mempersoalkan mengenai duit bulanan sebanyak RM2,000 diterima daripada Ebit Lew, sedangkan tidak menerima.

Berusahalah, jangan jadi biawak hidup

Malangnya, hantaran berbentuk pandangan dan luahan mendapat komen negatif di kalangan warganet di mana mereka mengecam tindakan mereka sekeluarga yang dikatakan seperti ‘biawak hidup’ dan mengharapkan bantuan ihsan orang.

Lihat Posting di bawah:
Screenshot 2023 07 20 at 6.22.18 PM

Sumber: Facebook

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]

Previous articleMasak Tom Kha Gai Sendiri, sekali Ira Kazar Ajar Netizen Cara Nak Pikat Suami
Next articleAnggap benda keterlaluan, sekali Siti Nordiana dedah tindakan Khai Bahar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here